INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 10 Julai 2010

SCOLIOSIS



Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing.

Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal

Jika punggung seseorang itu agak bongkok atau tempang sejak kecil, maka penyakit tersebut dikenali sebagai Kyphosis. Manakala jika punggung seseorang itu agak tempang sedikit samada ke kiri atau kekanan, ia dikenali sebagai penyakit Scoliosis.

Biasanya penyakit Scoliosis kebanyakannya tidak diketahui punca sebenar. Kadang-kadang ia boleh disebabkan kerana penyakit Polio atau penyakit berkaitan tulang, terutama tulang belakang.

Penyakit Osteoporosis juga boleh menimbulkan penyakit bongkok Kyphosis. Biasanya wanita lebih ramai mengidap penyakit Scoliosis berbanding lelaki.

Umumnya penyakit ini muncul semenjak usia kanak-kanak dan jarang berlaku pada usia dewasa. Scoliosis yang tidak lebih dari 45° biasanya tidak menjadi lebih teruk setelah dewasa.

Jika kelainan bentuk tulang belakang muncul semasa kanak-kanak biasanya lebih mudah disembuhkan dibanding jika kelainan tulang belakang baru muncul setelah dewasa. Pemakaian brace yang tertib dan latihan fizikal seperti sering bergantung pada palang tiang mungkin akan meringankan beban pesakit.
.
TULANG BELAKANG
Tulang belakang dan tulang rusuk merupakan salah satu pilar dari sangkar rongga dada yang di dalamnya terdapat paru-paru dan jantung. Selain itu, di dalam tulang belakang terdapat saraf sumsum tulang belakang.

Jika seseorang itu mengidap penyakit Scoliosis, maka terdapat ruas tulang belakang yang tidak sempurna sehingga menyebabkan saraf tulang belakang menjadi lemah.

Semakin bengkok tulang belakang dan semakin sempitnya ruas tulang belakang, berkemungkinan sistem saraf sumsum tulang belakang akan terhimpit lalu menyukarkan tulang belakang berkembang dengan sempurna.

TANDA SCOLIOSIS
Antara tanda penyakit Scoliosis adalah:
1. Sebelah bahu lebih tinggi antara satu sama lain.
2. Kepala pengidap Scoliosis tidak kelihatan centered dengan badan.
3. Salah satu tulang bahu agak terkeluar lebih dari yang satu lagi.
4. Ribs pengidap Scoliosis kelihatan tinggi sebelah apabila dia membongkok.

PENYEBAB SCOLIOSIS
Pada kebanyakan kes, penyebab penyakit scoliosis tidak diketahui (idiopathic). Jenis penyakit scoliosis ini digambarkan berdasarkan pada umur ketika penyakit scoliosis berkembang. Jika seseorang itu kurang dari 3 tahun umurnya, ia disebut infantile idiopathic scoliosis. Scoliosis yang berkembang antara umur 3 dan 10 tahun disebut juvenile idiopathic scoliosis dan mereka yang berusia10 tahun penyakit tersebut dikenali sebagai adolescent idiopathic scoliosis.

Apabila sesuatu organ menjadi lemah, tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit, maklumat kesakitan tersebut akan dihantar ke bahagian tulang belakang.
Tulang belakang akan memendam isyarat sakit untuk memastikan sistem sympathetic dan parasympathetic terus berjalan seperti biasa. Isyarat sakit adalah gelombang bertekanan rendah dan akan turut memberkan tekanan rendah kawasan yang dilaluinya.

Proses memendam isyarat sakit ini akan menyebabkan gangguan tenaga getaran di ruas atau kawasan yang terlibat dengan bahagian saraf yang berhubung dengan organ yang lemah tersebut.
Gangguan tenaga getaran menjadikan sel dan unsur binaan kawasan tersebut lemah serta mempengaruhi ikatan molekul ruas tulang. Jika terdapat lebih daripada satu ruas tulang, maka disk di antara ruas juga akan terjejas ikatan molekulnya. Maka, ini adalah punca penyakit tulang belakang kerana selain berfungsi melindungi saraf tunjang, ruas tulang mempunyai saraf sakitnya sendiri.

JENIS SCOLIOSIS
1. Functional
Pada jenis scoliosis ini, keadaan tulang belakang adalah normal, namun suatu lekukan abnormal berkembang di dalam tubuh. Ini dapat disebabkan oleh satu kaki adalah lebih pendek daripada yang lainnya atau kerana kekejangan di bahagian punggung.

2. Neuromuscular
Pada jenis scoliosis ini, ada beberapa masalah ketika tulang belakang terbentuk. Samada tulang belakang gagal untuk membentuk sepenuhnya atau gagal untuk berpisah antara satu dengan lain. Biasanya jenis penyakit scoliosis ini berkembang kepada pesakit semenjak kelahiran, penyakit otot (muscular dystrophy) atau cerebral palsy. Jika tulang belakang membengkok ketika dilahirkan dilahirkan, ia disebut sebagai congenital.

3. Degenerative
Biasanya degenerative scoliosis terjadi kepada orang dewasa yang lebih tua. Ia disebabkan oleh perubahan-perubahan pada tulang belakang yang disebabkan oleh penyakit arthritis.

GEJALA SCOLIOSIS
Gejala yang paling umum dari scoliosis adalah suatu lengkongan yang tidak normal dari spine. Biasanya, ini adalah suatu perubahan yang sedikit dan mungkin pertama kali diperhatikan oleh seseorang teman atau salah seorang anggota keluarga.

Scoliosis mungkin menyebabkan kepala kelihatan seperti bergesel atau bahu lebih tinggi sebelah. Jika scoliosis menjadi lebih parah, ia boleh menyebabkan fungsi jantung dan paru-paru akan terganggu sehingga sering sessak nafas dan berdebar-debar.

Oleh itu, pesakit Scoliosis digalakkan sering melakukan senaman seperti berenang dan bergayut pada palang tiang.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
Di dalam tulang belakang (spine), terdapat saraf tunjang (spinal nerves) yang menghubungkan antara otak dengan sesuatu organ di dalam badan. Segala aktiviti organ dikawal oleh otak akan di hubungkan ke organ melalui tulang belakang.
.
Maklumat daripada organ juga dihantar ke otak melalui tulang belakang. Setiap organ akan dihubungkan ke bahagiaan tulang belakang melalui sesuatu ruas (verterbral) dan terbatas dalam ruasnya sahaja. Tulang belakang bukanlah organ, tetapi berperanan sebagai amplifier yang menguat dan menimbal balik isyarat antara organ dan otak. Sistem ini dipanggil sympathetic dan parasympathetic. Sympathetic ialah kawalan tanpa sedar oleh minda, parasympathetic ialah kawalan separa sedar oleh minda.

Jika anda didiagnosis sebagai pengidap Scoliosis, kami di Pusat Perubatan Holistik bersedia membantu anda memperbaiki struktur tulang belakang dan sistem saraf yang melalui tulang belakang supaya ia kembali normal seperti sediakala.

Jika kanak-kanak atau remaja yang didiagnosis sebagai pengidap Scoliosis, peratusan untuk sembuh amat tinggi kerana mereka masih melalui proses tumbesaran.

Antara prosuder yang perlu dilakukan ialah kami akan mengambil sample DNA anda seperti rambut dan air liur supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan kerosakan DNA anda dan seterusnya melalui proses pemancaran gelombang elektronik yang membolehkan sample DNA yang rosak tadi dapat dipulihkan, lalu ditransferkan ke dalam ubat berbentuk tablet kunyah yang perlu dimakan sebanyak tiga kali sehari.

Pancaran penawar gelombang elektromagnetik yang dipancarkan ke dalam ubat tersebut sangat halus (125,000 kali dari nano) dan 2,500 kali lebih halus dari sel darah sehingga ia dapat menembusi sistem saraf tulang belakang yang tidak mampu ditemusi oleh ubatan biasa.

Disamping itu, kami juga akan membekalkan ubatan yang mampu mengurangkan kesakitan di bahagian belakang, memperbaiki imun sistem dan menguatkan organ dalaman seperti paru-paru, jantung, buah pinggang, hati dan pelbagai organ dalaman lain.

Anda dikehendaki mengamalkan Perubatan Holistik selama enam bulan sehingga setahun atau sehingga perubahan struktur tulang belakang bertambah baik dari masa ke semasa.
.Kami di kumpulan Perubatan Holistik dan Alternatif hanya berusaha mencari penawar penyakit Scoliosis dan sebaik-baik penyembuhan adalah milik Allah S.W.T..

ISTILAH PERUBATAN BERKAITAN PENYAKIT TULANG BELAKANG
Manusia memiliki tulang dan sendi (sistem gerak) yang memiliki banyak fungsi untuk menunjang kehidupan manusia. Tanpa kondisi fit tulang dan sendi, manusia akan merasa sukar untuk melakukan aktiviti seharian. Berikut adalah beberapa bentuk kelainan atau gangguan tulang dan sendi tulang belakang.
.
Kelainan/gangguan pada tulang belakang
1. Kiposis/Kyphosis
Kiposis adalah suatu gangguan pada tulang belakang, di mana tulang belakang melengkung ke depan yang mengakibatkan penderita kelihatan agak bongkok.

2. Lordosis
Lordosis adalah suatu gangguan pada tulang belakang, di mana tulang belakang melengkung ke belakang yang mengakibatkan penderita kelihatan bongkok ke belakang.

3. Skoliosis/Scoliosis
Skoliosis adalah suatu gangguan pada tulang belakang, di mana tulang belakang melengkung ke sebelah kiri atau kanan yang membuatkan penderita bongkok ke kiri atau ke kanan.

4. Sublubrikas
iSublubrikasi adalah kelainan pada tulang belakang pada bagian leher yang menyebabkan kepala penderita gangguan tersebut berubah arah ke kiri atau ke kanan.

B. Kelainan/gangguan pada sendi manusia

1. Terkilir/Sprained
Terkilir atau terseliur adalah gangguan sendi akibat gerakan pada sendi yang tidak biasa, dipaksakan atau bergerak secara tiba-tiba. Umumnya terseliur boleh menyebabkan rasa yang sangat sakit dan bengkak pada bagian yang terseliur.

2. Dislokasi/Dislocation
Dislokasi adalah gangguan pada sendi seseorang di mana terjadi pergeseran dari kedudukan asal.

3. Artritis/Arthritis
Artritis adalah radang sendi yang memberikan rasa sakit dan terkadang terjadi perubahan posisi tulang. Salah satu contoh artritis yang terkenal adalah rematik.

4. Ankilosis/Ankylosis
Ankilosis adalah gangguan pada sendi di menyababkan sendi tidak dapat digerakkan di mana ujung-ujung antar tulang serasa bersatu.

C. Kelainan/gangguan retak tulang atau patah tulang
Keretakan tulang atau patah tulang yang umumnya terjadi akibat berlebihan beban, tekanan, dan sebagainya. Keretakan tulang sederhana adalah keretakan tulang yang tidak melukai organ-organ yang ada di sekelilingnya. Manakala keretakan kompleks adalah keretakan tulang yang menyebabkan luka pada organ di sekitarnya.
.
D. Kelainan atau gangguan Fisiologi
1. Mikrosefalus/Microcephalus
Mikrosefalus adalah kelainan pertumbuhan tengkorak kepala yang menyebabkan kepala penderita kelihatan lebih kecil dari biasa.

2. Osteoporosis
Osteoporosis adalah keadaan di mana tulang agak rapuh, reput dan mudah patah. Umumnya osteoporisis disebabkan oleh hormon lelaki atau wanita yang kurang sempurna atau akibat kekurangan kalsium untuk tulang.

3. Rakitis/Rachitis
Rakitis adalah penyakit tulang yang terjadi akibat kurang vitamin D sehingga umumnya menyebabkan bentuk tulang kaki bengkok membentuk huruf O atau X.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.