INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 5 November 2010

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.Tudungnya menutupi rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hiasan di muka, kulit yang bersih, badan yang ramping dan mukanya yang ayu dia melangkah mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.

Diketuknya pintu pelahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam, “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya masih menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata,“Wahai Nabi Allah, tolonglah saya. Doakan saya agar Allah berkenan mengampuni dosa keji saya."

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik tadi.

“Katakanlah jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.Maka, perempuan itupun bercerita,

“Sebenarnya saya… telah berzina." Jawab wanita tadi sambil menundukkan wajahnya.

Nabi Musa mengangkat kepala dan hatinya mulai tersentak. Perempuan itu meneruskan,
“dari perzinaan itu saya telahpun mengandung. Setelah anak itu lahir, terus saya mencekik lehernya sehingga meninggal dunia,” ucap wanita itu sambil menangis tanda penyesalan.

Nabi Musa menjadi marah. Dengan muka berang baginda mengherdik,“Perempuan jahat, nyah kamu dari sini, supaya siksa Allah tidak menimpa ke dalam rumahku kerana perbuatan kejimu itu. Pergi kau dari sini.” Nabi Musa mengherdik perempuan ayu itu sambil memalingkan muka.

Perempuan berwajah ayu dengan hati laksana kaca terhempas ke batu, hancur berkecai segera bangkit dan melangkah pergi. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia titak tahu hendak ke mana lagi untuk mengadu. Bila seorang Nabi sahaja sudah menolak rayuannya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya. Terbayang olehnya betapa besar dosanya dan betapa jahat perbuatannya.

Dia tidak tahu bahawa pemergiannya, Malaikat Jibrail turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibrail lalu bertanya,
“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya."

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibrail.

“Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

”Ada ,” jawab Jibrail dengan tegas.

“Dosa apakah itu?” tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina” .

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Bginda mengangkat tangan dengan penuh khusu’ untuk memohon keampunan kepada Allah bagi pihak perempuan ayu tadi.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sholat itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya.

Dengan kata lain, seolah-olah dia menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Allah pasti masih menerima keampunan hambanya.

Dalam hadis Nabi S.A.W disebutkan :Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah.

Dalam hadis lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqada’nya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah bersamaan lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqamah, khusu’ lagi tawadu’.

ORANG YANG MELALAIKAN SHOLAT

Suatu ketika Fathimah az-zahra bertanya kepada ayahnya,
“Wahai Ayah, apa akibatnya bagi orang yang melalaikan sholat samada lelaki atau perempuan?”

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Wahai Fathimah, barangsiapa yang melalaikakan sholat dari samada lelaki atau perempuan, Allah S.W.T akan memberikan ujian kepadanya dengan 15 perkara; 6 di antaranya ketika di dunia, 3 ketika dia meninggal dunia, 3 ketika di dalam kubur dan 3 di hari kiamat, ketika dibangkitkan dari kuburnya”.

6 perkara yang menimpanya di dunia :
1. Allah S.W.T mengangkat keberkatan dari umurnya.
2. Allah S.W.T mengangkat keberkatan dari rezekinya.
3. Allah S.W.T menghapus tanda-tanda orang sholeh dari wajahnya.
4. Semua amalan (perbuatannya) tidak akan diberi pahala.
5. Doanya tidak akan terangkat ke langit.
6. Dia tidak akan mendapat bahagian dari doa orang yang sholeh.

3 perkara yang menimpanya ketika meninggal dunia:
1. Mati dalam keadaan hina.
2. Mati dalam keadaan lapar.
3. Mati dalam keadaan dahaga; walaupun dituangkan kepadanya air sungai yang ada di seluruh dunia ini, tidak akan menghilangkan rasa dahaganya.

3 perkara yang menimpanya di dalam kubur:
1. Allah S.W.T akan mewakilkan malaikat-Nya untuk menakut-nakutkannya dalam kubur.
2. Kuburnya menjadi sempit.
3. Kuburnya menjadi gelap-gelita.

3 perkara di hari kiamat, ketika dibangkitkan dari kubur:
1. Allah S.W.T akan mewakilkan malaikat menyeret mukanya dan kesemua manusia melihat keburukan mukanya.
2. Allah S.WT. menghisabnya dengan hisab yang berat dan pedih.
3. Allah S.W.T tidak akan melihat kepadanya dan tidak akan menyucikannya dan baginya siksa yang pedih.

Imam Ja’far Shaddiq berkata,
“Sesungguhnya syafaat kami (Ahlul Bait) tidak akan diperolehi dari orang yang melalaikan sholat.