INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 14 November 2010

HERPES ZOSTER

Herpes zoster ialah jangkitan virus yang menyebabkan bahagian tertentu badan seakan ditumbuhi ruam tetapi ianya menyakitkan. Kadangkala jangkitan ini mengambil masa diantara 1 minggu ke 10 hari tetapi sesetengahnya mungkin berlarutan hingga ke sebulan atau lebih. Herpes zoster juga lebih dikenali sebagai kayap yang disebabkan oleh virus varicella-zoster.
.
Virus ini juga adalah penyebab kepada penyakit chickenpox (Campak). Kebiasaannya virus ini akan tinggal di dalam saraf tetapi tidak aktif setelah individu itu menghidap chickenpox. Virus inilah yang akan bertindakbalas dan menjadi aktif kembali apabila sistem imunisasi badan berada didalam keadaan yang lemah. Ia adalah punca terjadinya zoster (kayap).

Biasanya penyakit ini juga disebabkan oleh virus herpes yang juga mengakibatkan cacar air (virus varisela zoster). Seperti virus herpes yang lain, virus varisela zoster mempunyai tahapan penularan awal (cacar air) yang diikuti oleh suatu tahapan tidak aktif. Kemudian, tanpa alasan virus ini menjadi aktif kembali sehingga ia dikenali sebagai penyakit herpes zoster.

Keaktifan kembali virus ini (virus cacar air) berkemungkinan akan terjadi kepada orang yang mempunyai rendah daya ketahanan tubuh. Biasanya, penyakit ini akan menyerang pesakit HIV dan mereka yang berusia 50 tahun ke atas.
.Virus herpes zoster hidup di dalam jaringan saraf. Jangkitan herpes zoster dimulai dengan gatal, kebas atau rasa pedih yang amat sangat terutama di daerah dada, punggung, hidung dan mata. Walaupun jarang berlaku, herpes zoster boleh berlaku pada saraf muka dan mata. Ini akan menyebabkan jangkitan di sekitar mulut, muka, leher, kulit kepala, sekitar telinga atau di hujung hidung.

Biasanya, jangkitan herpes zoster hanya terjadi di satu sisi tempat di tubuh. Namun, setelah beberapa hari, ruam akan muncul pada daerah kulit yang berhubungan dengan saraf yang meradang. Lepuh kecil juga akan terbentuk dan berisi cairan. Kemudian lepuh akan pecah dan berkeropang. Sehingga jika lepuh digaru, infeksi kulit akan terjadi.

Biasanya, ruam akan hilang dalam beberapa minggu, tetapi kadang-kadang rasa pedih yang amat sangat akan berterusan sehingga berbulan-bulan bahkan bertahuntahun. Keadaan ini dikenali sebagai “neuralgia pascaherpes”.

HERPES ZOSTER DAN HIV


Biasanya, herpes zoster dapat terjadi pada orang yang mengidap HIV.
Kuman HIV juga akan mudah meningkat akibat penyakit herpes zoster ini.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
Jika anda mengidap herpes zoster atau cacar air, atau pelbagai penyakit kulit, kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai kod-kod gelombang yang mampu membunuh roh (gelombang ) kuman-kuman penyebab herpes zoster dan kuman-kuman yang menyerang saraf kulit sehingga saraf kulit dapat berfungsi dengan sediakala dan dapat menghasilkan enzim semulajadi yang mampu menyahkan anasir-anasir jahat dalam tubuh.


Apabila roh (gelombang) sesuatu kuman itu dapat dibunuh (di-anti dot-kan), nescaya jasad dan fizikal kuman juga akan mati manakala pesakit akan menuju ke arah penyembuhan. Antara kod yang akan dipancarkan ke dalam ubat berbentuk tablet kunyah ialah:

1. Kod anti combined Bacteria. (lebih 500 kod berasingan).
2. Kod anti combined Viruses. (lebih 300 kod berasingan)
3. Kod anti combined Fungi (Mycoses). (lebih 300 kod berasingan)
4. Kod anti combined Parasites. (lebih 300 kod berasingan)
5. Kod anti combined Protozoae.
6. Kod anti combined Worms (Helminths).
7. Kod anti combined Tapeworms (Cestoda).
8. Kod anti combined Trematodes.
9. Kod anti combined Roundworms.
10. Kod anti combined Filiarial worms.
11. Kod anti combined Hookworms.
12. Kod anti combined Ticks (Ixodida).
13. Kod anti combined Mites (Astigmata).
14. Kod anti combined Lice (Anoplurida).
15. Kod anti combined Dipterida.
16. Kod anti combined Siphonapterida (Fleas).
17. Kod anti combined Moulds and Mould toxins.
18. Kod anti combined Slime mould.
19. Kod anti combined Flatworms
…..dan ribuan kod lain berkaitan imun sistem, antibodi, penyusunan semula DNA, RNA dan fungsi organ dalaman.
.
Walaupun ribuan kod penawar gelombang elektromagnetik dipancarkan ke dalam ubatan yang dibekalkan, namun ia hanya akan aktif jika ada sel-sel, DNA, RNA dan organ dalaman yang lemah sahaja. Manakala selebihnya akan berlalu begitu sahaja atau bertindak sebagai vitamin dan antibodi.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.
3D Virus
BAGAIMANA VIRUS BERTINDAK