INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 10 Oktober 2011

KEAJAIBAN SISTEM SARAF


Sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Bayangkan sekiranya kaki anda terpijak paku atau kaca, masa yang diperlukan untuk merasai kesakitan tersebut hanya tidak sampai beberapa saat sahaja.

Komunikasi yang bergitu pantas dan sempurna itu telah dikendalikan oleh sel-sel saraf atau di dalam ilmu biologi dikenli sebagai sel neuron.

Manakala sel neuron pula iala unit fungsi asas bagi sistem saraf, suatu sel yang khusus untuk menghantar impuls saraf elektrik dan menghantar maklumat dari satu bahagian ke bahagian tubuh lain.

Impuls-impuls memasuki neuron melalui cabang-cabang dendrite dan dihantarkan jauh dari badan sel melalui akson (serat saraf). Ia dihantar ke neuron-neuron berhampiran atau ke organ-organ efektor menyeberangi celah-celah yang amat kecil.

Antara keistimewaan sel saraf neuron ialah ianya laksana sebuah jaringan, di mana, pesanan dari otak ke seluruh bahagaian tubuh dapat disampaikan dengan sekelip mata.
.
Sistem sel neuron juga laksana sim kad sebuah telefon bimbit yang mampu berhubung dan berkomunikasi dengan begitu pantas dan cekap sekali. Ratusan juta panggilan telefon dapat dilakukan di setiap saat seluruh dunia, begitu juga sistem saraf neuron yang berjumlah berbilion sel saraf mampu berkomunikasi secara serentak laksana sebuah radar telekomunikasi.

Antara keistimewaan lain sel saraf neuron ialah ianya mempunyai jaringan dan unjuran yang menyerupai lengan yang dikenali sebagai dendrite. Manakala, dendrite pula bermaksud satu daripada cabang pendek unjuran-unjuran badan sel sesuatu neuron, yang membuat sentuhan dengan neuron-neuron lain pada sinaps dan membawa impuls-impuls saraf darinya ke dalam badan sel.

Ukuran garis tengah neuron rata-rata berukuran 10 mikron. (1 mikron sama dengan seperseribu milimeter). Jika kita dapat merungkai 1,000 bilion neuron di otak manusia sambung menyambung membentuk satu garisan maka, panjang garisan tersebut (yang berukuran hanya 10 mikron dan terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar) sekitar 1,000 kilometer.

Keberadaan jaringan komunikasi ini di dalam otak yang seberat 1,400 gram ini sangat menakjubkan. Lebih menakjubkan lagi apabila 50 sel kecil neuron boleh memasuki satu titik noktah di akhir ayat ini.

Ketika kita mengamati jaringan komunikasi pada sel-sel saraf, kita dapat melihat bahawa pada setiap neuron ada banyak dendrite yang menyalurkan komunikasi dari neuron lain ke tubuh sel. Sering kali, fungsi suatu akson adalah bertujuan menyampaikan pesanan yang diterimanya dari tubuh melalui terminal-terminal dan jaringan-jaringan tersebut.

Akson pula ialah suatu serat saraf yang memanjang dari badan sel neuron dan berfungsi sebagai pembawa impuls-impuls saraf jauh darinya.

Manakala sebuah lapisan khusus yang dikenali sebagai ‘selaput myelin’ membungkus akson. Rangsangan sel saraf disebarkan pada titik-titik tertentu sepanjang selaput myelin. Titik-titik ini pula disebut ‘simpul ranvier’.

Kajian menunjukkan bahawa isyarat yang bergerak dari satu simpul ke satu simpul bergerak ratusan kali lebih cepat daripada yang bergerak sepanjang permukaan akson. Selaput dan ‘simpul’ pada akson ini memungkinkan penyaluran isyarat dengan cara yang paling tepat dan cepat.

Jaringan saraf neuron berkomunikasi di dalam tubuh kita dengan cara begitu unik yang terdiri dari proses-proses rumit elektronik dan perubahan kimia yang sangat luar biasa, sehingga memastikan pengendalian tanpa cacat cela di dalam otak serta komunikasi antara otak dengan organ-organ lain.

Ketika kita melakukan sebuah gerakan sederhana seperti memegang buku di tangan, membuka lembarannya, atau menggerakkan mata semasa membaca perkataan yang tertulis di dalamnya, terjadilah lalu lintas komunikasi yang sangat padat di dalam sel-sel saraf tubuh kita.

Mengkaji secara teliti tentang sel-sel neuron yang membentuk jaringan komunikasi luar biasa ini akan membantu kita lebih memahami betapa ajaibnya sel-sel neuron bekerja.

RANGSANGAN PADA SINAPS
.
Komunikasi antara dua neuron terjadi antara titik-titik penghubung bernama ‘sinaps’ yang terletak di ujung terminal akson. Sebagaimana fungsi satelit yang membolehkan manusia saling berinteraksi dan berkomunikasi, demikian juga sebuah neuron dapat berkomunikasi dengan beberapa neuron lainnya melalui sinaps.

Sebuah sel saraf biasa di dalam otak manusia misalnya memiliki 10 ribu sinaps. Ini bermaksud, pada saat yang sama sebuah neuron dapat berhubungan dengan 10 ribu sel saraf yang berbeza secara serentak.

Bayangkan kesulitan yang akan kita hadapi jika pada waktu yang sama kita berbual di dua buah telefon. Kemampuan sebuah sel saraf melakukan puluhan ribu hubungan secara serentak adalah sebuah contoh penciptaan yang sangat mengkagumkan.

Sehingga baru-baru ini, persimpangan komunikasi pada sel neuron sudah disahkan mantap, namun sekali lagi para saintis terkejut oleh suatu kenyataan bahawa bentuk sinaps berubah sesuai dengan susunan perubahan kimianya.

Profesor Eric Kandel yang menerima Hadiah Nobel pada tahun 2000 telah menemui sesuatu yang sangat luar biasa. Beliau menyimpulkan bahawa ada suatu mekanisme pada sinaps yang mengubah bentuknya menurut kekuatan rangsangan. Semasa menerima rangsangan yang kuat, sinaps yang membuat rangsangan itu dapat disalurkan ke sel lain, tanpa menjadi lemah dan dengan cara yang paling produktif.

Perkara penting yang harus ditekankan adalah bahawa sistem ini difahami setelah kajian dijalankan terhadap siput laut. Profesor Eric Kandel sendiri mengakui bahawa sistem saraf pada manusia dan mamalia terlalu rumit untuk sepenuhnya difahami oleh manusia biasa.

KOMUNIKASI PERUBAHAN KIMIA PADA NEURON
.
Sebagian besar manusia menyangka bahawa hubungan antara neuron dilakukan hanya dengan isyarat elektrik sahaja. Ini tidak benar, kerana komunikasi perubahan kimia adalah sebahagian terpenting di dalam proses ini. Ketika meneliti komunikasi antara dua neuron, kita lebih memahami unsur-unsur ajaib dalam komunikasi perubahan kimia.

Komunikasi perubahan kimia melibatkan molekul-molekul yang dikenali sebagai ‘pemancar saraf’. Molekul ini dihasilkan di dalam tubuh oleh sel-sel saraf yang dibawa sepanjang akson dan disimpan dalam vesikel-vesikel kecil di terminal akson. Di setiap vesikel ada sekitar 5 ribu pemancar.

Kajian dilakukan baru-baru ini menunjukkan bahawa neuron laksana sebuah kilang pemprosesan bahan kimia yang menghasilkan sel-sel penghantar kecil yang akan digunakan dalam berkomunikasi.

Neuron yang menghantar isyarat adalah ‘neuron pemancar’ manakala yang menerima pula dikenali sebagai ‘neuron penerima’. Neuron pemancar dan meuron penerima bertemu pada sinaps yang berukuran 0.03 mikron.

Isyarat elektrik tertentu akan mengaktifkan sel-sel penghantar kecil di terminal akson di dalam sel saraf pengirim. Hujung sinaps yang dipenuhi dengan sel penghantar kimia dan bersatu dengan membran sel lalu melepaskan molekul-molekul di dalamnya ke ruang sinaps. Pesanan yang dibawa oleh sel-sel penghantar kecil dihantar ke reseptor pada membran neuron penerima. Reseptor yang berbeza akan berhubung dengan molekul sel penghantar yang berbeza. Pesanan yang dibawa oleh molekul sel penghantar kimia pula akan difahami oleh neuron penerima.

PERENCANAAN DAN PENGATURAN WAKTU PADA MOLEKUL-MOLEKUL KURIR
.
Kepadatan sel-sel penghantar kimia berada di ruang sinaps secara langsung mempengaruhi komunikasi antara dua neuron. Ada mekanisme tersendiri bagi setiap sel penghantar kimia. Sebahagian sel penghantar menyebarkannya setelah menerima pesanan.
.Sebagian lain dihuraikan oleh enzim khusus setelah melakukan fungsinya. Misalnya, molekul-molekul sel penghantar yang dikenali sebagai ‘asetilkolin’ diubah oleh enzim khusus menjadi kolin dan asetat.

Ada satu lagi mekanisme hebat di dalam sel-sel saraf. Sel-sel penghantar yang menyampaikan pesanan ke sel reseptor dikumpulkan kembali di sel pemancar dan disimpan untuk digunakan pada pesanan berikutnya. Proses ini dilakukan oleh sejumlah molekul khusus. Kegiatan molekul-molekul dopamin dan serotonin diatur dengan cara begitu teliti. Jika kita membayangkan betapa sukarnya untuk mengulangi suatu produk, sebaiknya kita memahami keberkesanan mekanisme dalam sel saraf ini.

Setiap tahap komunikasi kimia terjadi dengan keseimbangan yang sangat teliti dan efisien. Setiap molekul sel penghantar yang digunakan pada setiap komunikasi dan setiap protein serta enzim yang menjalankan suatu fungsi pada pelbagai tahap harus dirancang.

Jumlah molekul sel penghantar yang akan disimpan, berapa lama sel-sel penerima akan dirangsang, waktu pemisahan atau penyatuan kembali, adalah antara bahagian penting dalam keseimbangan berkomunikasi

SEBUAH KENYATAAN YANG MENAKJUBKAN
.
Ada satu sifat lain yang membezakan neuron dari sel-sel tubuh manusia. Sel-sel selain sel neuron di dalam tubuh kita terus-menerus diperbaharui, namun neuron tidak berubah. Dengan bertambahnya usia jumlahnya akan menurun, namun sel-sel saraf yang ada pada usia tua seseorang sama dengan sel-sel saraf yang dimilikinya di usia muda.

Apa yang telah digambarkan selama ini adalah cerita yang bersifat asas dari sistem komunikasi di dalam neuron yang berfungsi sepanjang hidup manusia. Bahkan orang yang pandai dan berilmu akan sukar untuk memahami kesemua ini. Dimana, sel saraf dan hormon telah sangat berhasil menjalankan fungsi-fungsi ini tanpa melakukan kesalahan pada jutaan manusia yang hidup di dunia sejak awal lagi.

Bagaimanakah sistem yang sangat rumit dalam setiap sel saraf kita ini terbentuk? Bagaimanakah keselarasan yang mengagumkan pada ratusan juta sel di dalam tubuh kita terjadi? Bagaimanakah sistem komunikasi yang sangat hebat ini terjamin tanpa timbul keraguan? Bagaimanakah sistem yang bergantung pada keseimbangan yang begitu teliti ini bekerja tanpa membuat kesalahan?

Sangat wajar jika ratusan pertanyaan tentang ‘mengapa’ memenuhi benak manusia. Meskipun ada kenyataan-kenyataan ini, namun sejumlah saintis masih berusaha untuk memjawab segala persoalan di atas.

Tiada keraguan bahawa hanya ada satu penjelasan mengapa mekanisme yang begitu teliti dan memukau ini terjadi. Allah S.W.T., Tuhan semesta alam, telah menciptakan sel-sel di dalam tubuh manusia dengan begitu teliti dan sempurna. Dia menciptakannya dari tiada kepada ada dan sangat berguna kepada sistem saraf manusia.

Dia yang merancang sistem komunikasi tubuh yang sangat rumit untuk dihuraikan dan saling berhubungkait di dalam sel-sel halus dengan begitu teliti. Dialah Allah S.W.T., Yang menciptakan atom, molekul, sel dan protein di dalam tubuh manusia yang tidak pernah berhenti bekerja sepanjang masa demi kesihatan kita. Dialah Tuhan Yang Esa yang berhak disembah dan dipuja.

“Bagi Allahlah segala pujian, Tuhan langit dan Tuhan bumi, Tuhan semesta alam. Baginyalah keagungan di langit dan di bumi. Dialah Yang maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Jastiah ayat 36-37).

Untuk rawatan Perubatann Holistik dan Alternatif secara online sila klik di sini