Anterior Cruciate Ligament (ACL)
adalah urat di dalam sendi yang menjaga kestabilan sendi lutut. Cedera ACL
sering terjadi kepada olah raga high-impact, seperti pemain bola sepak, futsal,
tenis, badminton, bola tampar dan olah raga mempertahankan diri.
.
.
Pada umumnya ACL boleh tercedera
pada keadaan ketika seseorang itu sedang berlari dan berhenti secara mendadak sehingga
menyebabkan lutut tercedera.
Ketika lutut tercedera biasanya pesakit akan mendengar
suara seperti ada yang patah dalam sendi seperti bunyi ‘pop’ atau bunyi sesuatu
yang direntap. Saat itu, tiba-tiba pesakit merasa seperti 'kehilangan tenaga'
dan terus tersungkur jatuh. Kadang-kadang
setelah beberapa ketika, pesakit dapat berjalan kembali dalam keadaan berdencut,
sehingga sendi lutut sukar digerakkan
karena terlalu pedih serta diikuti dengan bengkak.
Sakit lutut bukanlah perkara
asing kepada wanita. Malah hakikatnya, wanita aktif mendapat dua kali ganda
sakit lutut sama seperti lelaki. Sendi lutut adalah sendi yang terdiri daripada
tiga tulang femur (tulang paha), tibia (salah satu tulang yang bersendi dengan
lutut dan tulang pergerakan kaki) dan meniskus.
Penghujung pada setiap tiga
tulang-tulang ini diselaputi dengan rawan yang dikenali sebagai meniskus. Rawan
dan meniskus dihasilkan daripada bahan elastik dan kuat yang membantu menyerap
kejutan dan membenarkan sendi lutut untuk bergerak dengan lancar.
OTOT LUTUT
Dua kumpulan otot iaitu otot
kuadriseps pada bahagian hadapan dan otot hamstring di sepanjang bahagian
belakang membenarkan lutut untuk bergerak. Tendon kuadriseps menyambungkan otot
kuadriseps kepada tempurung lutut. Ligamen kolateral medial (MCL), Ligamen
kolateral lateral (LCL), dan ligamen arterior (hadapan) dan posterior Qelakang)
adalah antara beberapa ligament yang menyambung tulang dan menyediakan
kestabilan.
Sebarang bahagian sendi ini boleh
mengalami kecederaan. Lutut biasa mengalami terlebih tekanan, bukan hanya
daripada sukan berimpak tinggi, tetapi daripada aktiviti harian seperti mencangkung,
membongkok, melutut dan memanjat tangga. Lutut membengkok berpusing dan
kadangkala terhantuk semasa bersukan.
Keadaan perubatan, seperti
artritis, boleh menyebabkan sakit lutut. Tetapi kecederaan lutut yang biasanya
berlaku pada orang muda melibatkan hentakan secara tiba-tiba selepas melompat.
Satu hentakan terhadap kawasan yang sesuai boleh mengoyakkan rawan dan
menyebabkan beberapa ligament terseliuh. Lelaki, wanita dan kanak-kanak boleh
mengalami masalah lutut. Keadaan ini berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira
bangsa dan latar belakang etnik.
PENYEBAB SAKIT LUTUT
1- Pergerakan tiba-tiba atau
pukulan yang meregangkan lutut.
2 - Osteoarthritis pada lutut,
akibat daripada penggunaan kerap bahagian tersebut.
3 - Masalah keradangan lutut
boleh juga disebabkan oleh penyakit reumatik tertentu seperti rheumatoid
artritis dan systemik lupus arythernatosus. Penyakit ini menyebabkan
pembengkakan yang boleh merosakkar lutut secara kekal.
JENIS SAKIT LUTUT
1. Artritis Pada Lutut
Jenis artritis pada lutut yang biasa adalah osteoartritis. Dalam penyakit ini, rawan pada lutut akan beransur-ansur digunakan.
Jenis artritis pada lutut yang biasa adalah osteoartritis. Dalam penyakit ini, rawan pada lutut akan beransur-ansur digunakan.
2. Pheumatoid Artritis
Rheumatoid arthritis merupakan satu lagi jenis arthritis yang memberi kesan pada lutut. Dalam rheumatoid arthritis, lutut menjadi radang dan rawan boleh rosak.
Rheumatoid arthritis merupakan satu lagi jenis arthritis yang memberi kesan pada lutut. Dalam rheumatoid arthritis, lutut menjadi radang dan rawan boleh rosak.
3. Penyakit Dan Kecederaan
Kartilaj (rawan)
Condromalacia berlaku apabila rawan pada tempurung lutut melembut. Ini boleh disebabkan oleh kecederaan, penggunaan berlebihan atau kelemahan otot, atau jika bahagian telah lari kesejajarannya.
Condromalacia berlaku apabila rawan pada tempurung lutut melembut. Ini boleh disebabkan oleh kecederaan, penggunaan berlebihan atau kelemahan otot, atau jika bahagian telah lari kesejajarannya.
4. Kecederaan Ligamen
Dua jenis kecederaan ligamen pada lutut termasuklah anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL). Selalunya keadaan ini berlaku pada ahli sukan.
5. Penyakit Dan Kecederoon TendonDua jenis kecederaan ligamen pada lutut termasuklah anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL). Selalunya keadaan ini berlaku pada ahli sukan.
Tiga jenis penyakit dan kecederaan tendon adalah:
• Tendinitis dan tendon terpecah
• Penyakit Osgood- Schalatter
• Sindrom lliotibial band.
.
KECEDERAAN LUTUT
LIGAMEN kruciate hadapan (ACL)
terputus adalah sejenis kecederaan sendi lutut di mana ACL terkoyak atau
tercedera. ACL adalah salah satu dari empat ligamen penting yang memberi
kestabilan kepada sendi lutut.
Ligamen lain adalah ligamen
kruciate belakang (PCL), ligamen kolateral medial (MCL) dan ligamen kolateral
lateral (LCL). ACL terlekat antara hujung bawah tulang paha (femur) dan hujung
atas tulang kering (tibia) dalam sendi lutut.
.
.
Ia menyilang di dalam sendi lutut
dalam arah pepenjuru dan di sisinya, PCL pula menyilang dalam arah bertentangan
dengan membentuk palang di antara satu sama lain, itulah sebabnya kedua-dua
ligamen ini dipanggil 'cruciate' atau 'genting' sempena bentuk mereka di dalam
sendi lutut itu.
Fungsi utama ACL adalah untuk
menghalang pergerakan tulang kering daripada bergerak ke hadapan dari tulang
paha. Sementara PCL pula untuk menghalang tulang kering daripada bergerak ke
belakang tulang paha.
Sebab itulah kedua dua ligamen
kruciate ini sangat penting dalam memberi kestabilan pada sendi lutut, terutama
semasa aktiviti sukan yang banyak membabitkan sentuhan badan dan juga
pertukaran arah pergerakan dan pergerakan berputar. Sebab itulah kecederaan ACL
akan memberikan implikasi yang serius kepada kestabilan dan fungsi sendi lutut.
Selalunya atlit yang mengalami
kecederaan ACL akan mengalami kemerosotan dalam prestasinya kerana kesukaran
yang dihadapi disebabkan lututnya yang tidak stabil.
GEJALA KECEDERAAN ACL
.
.
1. Semasa
berlaku kecederaan bunyi “POP” atau bunyi benda direntap boleh didengar dari
sendi lutut tersebut.
2. Lutut
terasa longgar dan hilang kawalan, kemudian lutut boleh membengkak.
3. ACL
terputus selalunya menyebabkan sakit yang teramat sangat dan serta merta
selepas berlakunya kecederaan.
4. Lutut
membengkak selalunya berlaku serta merta dan nyata, tetapi boleh juga bengkak
terjadi perlahan-lahan dan sedikit saja.
5. Lutut
yang tercedera selalunya mempunyai pergerakan yang terhad terutama bila hendak
meluruskan kaki kerana sendi lutut tidak dapat diluruskan sepenuhnya.
6. Lutut
yang tercedera selalunya berasa sakit bila sekeliling sendi ditekan dengan
jari.
7. Tanda
positif bila dilakukan pemeriksaan klinikal ujian “Anterior Drawer” dan ujian
"Lachman’s”.
8. Sekiranya
terdapat kecederaan tulang rawan dan meniskus selalunya permukaan sendi berasa
sakit bila ditekan.
RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN
HOLISTIK DAN ALTERNATIF
ACL terputus atau terkoyak
sebenarnya adalah kecederaan lutut yang sangat kerap berlaku dikalangan ahli
sukan. Selalunya ACL tercedera apabila sendi lutut terpusing dengan kaki
terpacak kaku ke tanah atau ketika terjatuh dengan kaki terlipat keluar ketika
mendarat selepas melompat.
.
.
ACL juga boleh tercedera sekiranya
lutut ditendang dengan kuat dari arah luar sebagaimana boleh berlaku ketika
bermain bola sepak atau ketika terkena terjahan semasa bersukan. Kecederaan ACL
ini kadang-kadang berlaku secara kombinasi dengan kecederaan meniskus dan MCL.
Kecederaan ACL lebih kerap
berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah dua hingga lapan
kali. Alasan kepada perbezaan ini masih tidak dapat dipastikan dengan jelas
tetapi berdasarkan kajian terkini, andaiannya adalah disebabkan oleh bentuk
anatomi wanita yang berbeza, kesan hormon estrogen ke atas ACL dan kerana
terdapat perbezaan dalam imbangan otot di kalangan lelaki dan perempuan.
Pembedahan bukanlah jalan
penyelesaian untuk penyakit ACL atau MCL kerana kosnya juga sangat mahal. Kos pembedahan
ACL di hospital kerajaan sekitar RM5,000.00 hingga RM6,00.00 manakala kos
hospital swasta pula sekitar RM
20,000.00 hingga RM30,000.00.
Oleh itu, jika anda di diagnos
sebagai pesakit ACL atau MCL, kami di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif
mempunyai rawatan khusus yang membolehkan pesakit ACL atau MCL dapat bergerak
bebas seperti sediakala.
Biasanya, jika anda membuat
rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, kami akan mengambil sampel
DNA anda seperti rambut dan air liur supaya kami dapat mengekstrakkan DNA anda
yang berpenyakit menggunakan Machine teknologi German sehingga ia menjadi
penawar gelombang yang akan ditransferkan ke dalam ubat tablet atau air yang
perlu dimakan tiga kali sehari.
Penawar gelombang elektromagnetik
yang dimemori atau ditransferkan ke dalam ubatan yang dibekalkan sangat halus
(2,500 kali ganda sel darah dan 25,000 kali ganda sel nano) sehingga ia dapat
menembusi sel-sel lutut yang tidak dapat ditembusi oleh herba dan ubatan biasa.
Manakala rawatan terapi DNA
(dengan memancarkan penawar gelombang elektromagnetik secara langsung ke dalam
tubuh) pula sungguh berkesan terhadap pesakit ACL dan MCL.
Antara fungsi ubatan yang telah
dipancarkan dengan penawar gelombang elektromagnetik ialah:
1. Membantu
merawat kecederaan tendon dan ligamen.
2. Membantu
menghilangkan kesakitan sendi.
3. Membantu
memeperbaiki sendi dan rawan yang rosak
4. Membantu
merawat keradangan sendi.
5. Membantu
mempercepatkan pembentukan rawan sendi.
Natijahnya, Perubatan Elektronik
sangat sesuai untuk penyakit ACL, MCL, sakit sendi, Arthriti, Osteo dan
penyakit berkaitan tulang.
Selamat mencuba semoga anda
menemui penawar yang dicari selama ini.
Untuk rawatan online berkaitan ACL sila klik di sini.
Untuk rawatan online berkaitan ACL sila klik di sini.