INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label CD4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CD4. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Mac 2012

CIRI PENGIDAP HIV

 

HIV (human immunodeficiency virus) adalah sebuah retrovirus yang menginfeksi sel sistem kekebalan tubuh manusia.
Terutama Sel T CD4+ dan makrofaga, komponen vital dari sistem kekebalan tubuh yang ada di dalam badan seseorang pengidap HIV sehingga merosakkan fungsi organ dalaman.
Infeksi dari HIV boleh menyebabkan pengurangan sistem kekebalan tubuh sehingga boleh menyebabkan kekurangan imun. HIV juga merupakan penyebab asas penyakit AIDS.
HIV adalah salah satu virus yang mudah berjangkit dan cara ia berjangkit antara lain adalah melalui hubungan kelamin dan hubungan seks oral dan/anal seks. Selain itu HIV dapat juga berjangkit melalui pemindahan darah, penggunaan bersama jarum yang dijangkiti HIV melalui suntikan ubat mahupun dalam perawatan kesihatan, antara ibu dan bayinya selama masa hamil, kelahiran dan semasa menyusukan bayi.
Penggunaan pelindung fisikal seperti kondom latex dianjurkan untuk mengurangi jangkitan HIV melalui seks. 
kebelakangan ini, disarankan bahawa berkhatan dapat mengurangi risiko penyebaran virus HIV, tetapi banyak ahli perubatan percaya bahawa perkara ini masih terlalu awal untuk menyarankan  lelaki berkhatan dalam rangka mencegah HIV.
Pada akhir tahun 2004 dianggarkan antara 36 hingga 44 juta orang yang dijangkiti HIV, 25 juta di antaranya adalah penduduk sub-Sahara Afrika.
Manakala perkiraan jumlah orang yang dijangkiti HIV di seluruh dunia pada tahun 2004 adalah antara 4,3 juta hingga 6,4 juta orang (AIDS epidemic update December 2004).
Wabah HIV ini tidak hanya berlaku di wilayah tertentu kerana ada negara yang lebih menderita daripada yang lainnya.

Negara Afrika merupakannegara yang paling ramai dijangkiti HIV. Ini kerana disebabkan banyaknya penyakit kelamin, tubuh yang bertatu, permindahan darah dan masalah diet permakanan yang semakin buruk.
Pada tahun 2000, WHO menganggarkan bahawa 25% unit darah yang dipindahkan di Afrika tidak dibuat ujian HIV dan 10% infeksi HIV di benua itu berlaku melalui darah.

Di Asia, wabah HIV terutama disebabkan oleh para pengguna ubat tahan sakit melalui jarum suntikan, hubungan seks baik antara lelaki mahupun dengan pekerja seks komersial pelanggannya, serta pasangan seks mereka dengan pelanggannya manakala pencegahannya pula masih berkurangan.
AIDS
AIDS merupakan penyakit yang paling ditakuti pada saat ini. HIV adalah virus yang menyebabkan penyakit ini sehingga merosakkan sistem pertahanan tubuh (sistem imun).

Seseorang yang positif mengidap HIV memang belum tentu mengidap AIDS. Namun, HIV yang ada pada tubuh seseorang akan terus merosak sistem imun badan secara perlahan-lahan. Akibatnya, virus, kulat dan bakteria yang biasanya tidak berbahaya menjadi sangat berbahaya kerana rosaknya sistem imun tubuh.

Virus yang ganas ini laksana larva gunung berapi yang akan mematikan dan menyerang sistem kekebalan yang membuatkan tubuh kehilangan daya tahan untuk melawan penyakit, sehingga tubuh sangat mudah dihidapi pelbagai penyakit bahaya seperti Barah kulit (Kaposi’s Sarcoma), Penyakit kandisiasis di bahagian mulut, Penyakit herpes simplex (sejenis kayap), Jangkitan Paru-Paru (Pneuomonitis dan pneumonia), Pembengkakan pada nodus limfa dan hati, Jangkitan yang berulang-ulang dan berpanjangan seperti demam dan batuk dan pelbagai penyakit berbahaya lain sehingga membuatkan seseorang itu maut.
Gejala lain dan tanda awal dari HIV termasuk demam, sakit kepala, keletihan, mual, cirit-birit, pembengkakan kelenjar di leher, ketiak atau pangkal paha.

Jika gejala ini tidak segera diubati, maka boleh menyebabkan AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) yang merupakan penyakit yang membunuh.


Gejala-gejala yang muncul dari HIV boleh mempengaruhi seseorang secara bertahap. Setelah virus memasuki tubuh, maka virus akan berkembang dengan cepat. Ia ibarat mesin fotostate yang menduplikasi virus HIV berlipat kali ganda dalam sekelip mata.

Virus ini akan menyerang limfosit CD4 (sel T) dan menghancurkan sel-sel darah putih sehingga melemahkan sistem kekebalan tubuh. Setiap tahap jangkitan akan menunjukkan gejala yang berbeza.


Tahap awal dari jangkitan virus ini biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda atau gejala. Namun, gejala baru akan muncul setelah dua hingga empat minggu setelah terinfeksi. Seseorang itu boleh mengalami sakit kepala yang berat dan disertai dengan demam.
Salah satu cara untuk menngenal pasti adalah dengan mengukur jumlah sel-sel darah putih, kerana biasanya seseorang yang dijangkiti HIV akan memiliki jumlah sel darah putih yang berkurangan.

HIV bukan merupakan penyakit yang mudah untuk didiagnosis, ada dua perkara yang harus diperhatikan iaitu mengenali gejala yang ada dan melakukan pemeriksaan serta membuat ujian HIV.


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Jika anda mengalami gejala dan simptom HIV seperti di atas, kami di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif bersedia membantu anda mencegah kuman HIV dari terus berkembangbiak di dalam tubuh anda.

Walaupun anda sudah membuat ujian HIV dan keputusannya adalah negatif, namun anda masih mengalami gejala serta petunjuk HIV, anda janganlah merasa rungsing. Kerana kami bersedia membantu mengurangkan gejala yang anda hadapi dengan mengambil sample DNA anda yang berpenyakit, lalu kami melakukan pemprosesan (pembantaian molekul) ke atas DNA tersebut sehingga ia menjadi penawar dalam bentuk elektromagnetik, lalu kami transferkan ke dalam ubat berbentuk tablet atau air yang perlu dimakan tiga kali sehari.
Proses pembantaian molekul DNA sangat padat dan halus iaitu 2,500 kali ganda sel darah dan 125,000 kali dari nano sehingga penawar DNA tadi dapat memperbaiki kerosakan DNA dan RNA pesakit serta dapat menembusi sel-sel halus tubuh pesakit yang tidak dapat ditembusi oleh ubatan biasa mahupun ubatan herba.
Selain itu, kami juga akan melakukan Terapi DNA, di mana, pesakit perlu dipancarkan dengan penawar gelombang elektromagnetik yang bertujuan membaikpulik kerosakan saraf, DNA dan RNA secara langsung selama 15 hingga 20 minit supaya ubatan yang akan dimakan kelak akan bertambah aktif serta mudah menembusi sel-sel saraf yang telah mati.
Antara ubatan yang dibekalkan ialah:

UBAT A.  GENETIC CLEANSING yang bertujuan merawat penyakit keturunan dan penyakit jangkitan.
UBAT B.  COMBINED ORGANS yang bertujuan mengaktifkan semula kesemua organ dalaman.


UBAT C.  BROAD SPECTRUM yang bertujuan menguatkan antibodi dan imun sistem supaya dapat melawan penyakit serta mencegah kuman HIV (Anti HIV).

   UBAT D.  DNA REMEDY yang bertujuan membaik pulih DNA pesakit dengan menyusunnya secara digital sehingga ia benar-benar tersusun rapi sebagai benteng pertahanan tubuh untuk melawan kuman HIV.
Ubatan yang dibekalkan tidak mengandungi sebarang streroid, dadah mahupun bahan kimia. Ia berasakan 100% glukos yang dipancarkan penawar gelombang elektromagnetik yang hany perlu dihisab atau dikemam seperti gula-gula sebiji setiap ubat tiga kali sehari.

Natijahnya, selamat mencuba semoga anda menemui penawar penyakit anda dan pencegahan itu lebih baik dari merawat serta sebaik-baik rawatan adalah rawatan terapi DNA anda sendiri.
Kos untuk rawatan terapi dan ubatan hanya sekitar RM100.00 sahaja.

Untuk rawatan online sila klik di sini.

Isnin, 1 November 2010

BEZA CD4 DAN CD8

Sel CD4 adalah sejenis sel darah putih atau limfosit. Sel tersebut adalah antara bahagian yang penting dalam sistem kekebalan tubuh manusia . Sel ini juga disebut sel T-4, sel pembantu atau kadang kala sel CD4+.

Selain sel CD4 juga ada sel CD8, yang juga disebut sel T-8 atau sel pembunuh. Sel CD8 itu membunuh sel kanser atau sel yang telah dijangkiti kuman seperti HIV.

Sel CD4 dapat dibezakan dari sel CD8 berdasarkan protein tertentu yang ada di permukaan sel tersebut. Sel CD4 mempunyai protein CD4 pada permukaannya. Protein itu bekerja sebagai ‘reseptor’ untuk kuman HIV. Kuman HIV pula mengikat pada reseptor CD4 itu sebagaimana anak kunci dengan mangganya.

MENGAPA SEL CD4 SANGAT PENTING DAN BERKAIT RAPAT DENGAN HIV

Ketika kuman HIV menjangkiti manusia, sel yang paling sering dijangkiti kuman adalah sel CD4. Kod genetik HIV menjadi sebagian dari sel itu. Semasa sel CD4 menggandakan diri (laksana mesin fotostate) untuk melawan jangkitan kuman sesuatu sel, sel HIV juga akan menggandakan diri (laksana mesin fotostate) .

Ketika seseorang itu dijangkiti kuman HIV, jumlah sel CD4 juga semakin menurun. Ini adalah petanda bahawa sistem kekebalan tubuh seseorang yang dijangkiti HIV semakin lemah dan rosak. Semakin rendah jumlah CD4, semakin seseorang itu akan mengidap sesuatu penyakit kronik.

Terdapat jutaan keluarga sel CD4. Setiap keluarga dirancang khusus untuk melawan kuman tertentu. sewaktu kuman HIV mula mengurangkan jumlah sel CD4, beberapa keluarga tersebut akan termusnah. Jika ini terjadi, seseorang itu akan kehilangan kemampuan untuk melawan kuman yang seharusnya dihadapi oleh keluarga tersebut.

APAKAH UJIAN CD4

Jika sebahagian darah seseorang diambil untuk diuji dan dianalisa bagi mengira jumlah sel darah, Jumlah sel CD4 tidak dikira terlebih dahulu.

Biasanya, pihak makmal akan mengira berdasarkan jumlah sel darah putih dan ujian CD4 biasanya berbeza-beza. Oleh itu, seseorang itu dikehendaki melakukan ujian CD4 setiap empat bulan.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JUMLAH CD4

Hasil ujian CD4 sering berubah-ubah. Ia tergandung pada bila darah tersebut diambil samada dalam keadaan stres atau dalam keadaan normal.

Jangkitan kuman juga boleh mempengaruhi jumlah CD4. Jika tubuh seseorang itu diserang jangkitan kuman, jumlah sel darah putih (limfosit) akan naik. Jumlah CD4 juga akan naik.
Sebaik-baik melakukan ujian CD4 adalah setelah dua minggu pulih dari jangkitan kuman.

BAGAIMANA HASIL UJIAN CD4 DIJALANKAN

Biasanya hasil ujian CD4 dijalankan sebagai jumlah sel CD4 yang ada dalam satu milimeter kubik darah (biasanya ditulis mm3). Jumlah CD4 yang normal biasanya berkisar antara 500 hingga 1,600. Jumlah CD4 umumnya menurun secara perlahan-lahan. Namun dalam beberapa kes seperti kanser dan HIV, jumlah CD4 dapat menurun dengan pantas.

Oleh kerana jumlah CD4 sering berubah-ubah, lebih baik dilihat peratusan sel CD4. Peratusan ini adalah perbandingan dengan limfosit keseluruhannya. Jika hasil ujian melaporkan CD4% = 34%, ini bermaksud 34% dari limfosit di dalam tubuh adalah sel CD4. Peratusan ini lebih stabil dibandingkan jumlah sel CD4 secara keseluruhannya. Angka normal CD4 adalah di antara 30 hingga 60%.

Setiap laboratorium atau makmal mempunyai kisaran yang berbeza. Belum ada pedoman untuk keputusan rawatan berdasarkan CD4%, kecuali untuk kanak-kanak berusia di bawah empat tahun.

Jumlah CD4 mutlak di bawah 200 menunjukkan kerosakan yang serius pada sistem kekebalan tubuh. Biasanya, ini adalah tanda penyakit AIDS pada orang yang dijangkiti HIV. Sebuah penelitian baru menunjukkan bahawa CD4% lebih baik meramalkan perkembangan penyakit HIV dibandingkan CD4 secara keseluruhannya.

Kadang kala seseorang itu kita juga disarankan untuk melakukan ujian CD8. Namun sama sekali tidak jelas bagaimana hasil ujian CD8 dapat ditafsirkan. Oleh kerana itu, tidak digalakkan membelanjakan banyak wang untuk membuat ujian CD8.

APAKAH MAKSUD ANGKA INI

Jumlah CD4 adalah ukuran kunci kesihatan sistem kekebalan tubuh. Semakin rendah jumlahnya, semakin banyak kerosakan sel yang disebabkan kuman HIV. Jika seseorang itu mempunyai jumlah CD4 di bawah 200, atau peratusan CD4 di bawah 14%, maka seseorang itu dianggap mengidap penyakitAIDS.

JUMLAH LIMFOSIT

Oleh kerana ujian CD4 agak mahal dan hanya terdapat di makmal tertentu sahaja, maka jumlah limfosit total (total lymphocyte count (TLC) diguna pakai untuk menggantikan jumlah bacaan CD4.

Namun, hasilnya tidak dapat menandingi dengan jumlah CD4, dan jumlah limfosit total ini hanya dapat digunapakai sebagai tanda. Walaupun begitu, hasilnya dapat membantu doktor untuk merawat pesakit.

Biasanya dianggap bahawa jumlah limfosit total antara 1,000 dan 1,200 bersamaan dengan jumlah CD4 berjumlah 200.

RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK

Jika seseorang pengidap kanser atau HIV dan mempunyai jumlah limfosit yang rendah seperti di bawah paras 1,000 atau pengidap HIV yang peratusan CD4nya rendah dan jumlah CD4 di bawah 400, digalakkan mengamalkan ubat Perubatan Elektronik kerana kami akan membekalkan anda ubat-ubatan yang dipancarkan dengan ribuan kod penawar gelombang elektromagnetik yang mampu menambahkan kandungan limfosit dan CD4.

Disamping itu, sebaik-baiknya kami akan mengambil sample DNA pesakit seperti rambut, darah, air liur dan urin supaya Perubatan Elektronik dapat memperbaiki kerosakan DNA pesakit kanser dan HIV.

Kami di Perubatan Elektronik akan membekalkan ubatan yang mengandungi ribuan kod penawar gelombang yang sangat halus (125,000 kali dari nano) dan 2,500 kali dari sel darah supaya pelbagai gelombang penawar tersebut dapat menembusi sel-sel pengidap kanser dan HIV yang tidak dapat ditembusi oleh perubatan biasa.

Natijahnya, Perubatn Elektronik sangat sesuai dengan pelbagai penyakit kronik seperti kanser, hepatitis, jaundis, HIV, AIDS dan pelbagai penyakit kronik lain. Kami di Kumpulan Perubatan Elektronik hanya berusaha mencari penawar sesuatu penyakit dan sebaik-baik penyembuh adalah milik Sang Pencipta Yang Maha Penyembuh.