INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 7 April 2010

CARA MAKAN DAN MINUM RASULULLAH S.A.W.




1. Makan menggunakan tangan.

Mengikut cara Rasulullah S.A.W. makan, Baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya lalu Baginda akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi beserta lauk.

Makan menggunakan tangan adalah kerana kedua belah tangan kita mengeluarkan 3 jenis enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari tangan kiri. Ini adalah kerana enzim yang ber ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat membantu proses penghadaman.

Mengapa Rasulullah S.A.W. memakan sedikit garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Secubit garam dari jari kita itu adalah sama dengan seliter air mineral. Oleh kerana manusia berasal dari tanah, maka lumrahnya bahan yang berasal dari bumi adalah yang paling berkhasiat untuk kita.

Antara kelebihan garam adalah ia sebagai penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Jika anda masuk wad, antara rawatan bagi keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu air garam. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk halus yang ingin menggangu manusia.


2. Mengunyah makanan terlebih dahulu

Rasulullah S.A.W. akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu benar-benar lumat agar perut dapat memproseskan makanan dengan mudah.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim).

Rasulullah S.A.W. membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan pelbagai penyakit dan santau buatan orang.

Cara Rasulullah minum:-

Hindarkan minum berdiri walaupun ia makruh kerana ia adalah makruh yang menghampiri haram. Hindarkan minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas ketika minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses meminum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung ke dalam air.

Ketika menghembus, kita akan mengeluarkan CO2 (carbon dioxide), yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.