INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 15 Oktober 2010

INBORN ERRORS METABOLISM (IEM)

Penyakit Pompe merupakan sejenis penyakit genetik dalam kelompok Kecacatan Metabolik Semulajadi Inborn Errors Metabolism (IEM) yang biasanya dikesan pada bayi. Pesakit menghadapi kecacatan genetik yang menyebabkan tubuh pesakit tidak mampu menghasilkan enzim tertentu.
.
Penyakit IEM adalah sekumpulan penyakit genetik disebabkan kerosakan satu gen. Justeru, tubuh tidak boleh menukar makanan kepada tenaga secara sempurna disebabkan ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang membantu memecahkan (metabolism) bahagian makanan itu.

Enzim adalah protin yang membantu tubuh menggunakan makanan, menghasilkan tenaga dan menjalankan kerja. Ia juga membantu tubuh menstimulasi reaksi biologi dalam sel. Apabila ia kurang atau hilang, kesihatan akan terjejas.
.
Ada banyak jenis IEM, antaranya yang berkaitan dengan penampilan luaran atau keabnormalan rangka tubuh yang mana sebahagian besarnya boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

JENIS PENYAKIT IEM
.1. Mitochondrial disease
2. Organic acidemia
3. Urea cycle defects
4. Glycogen storage disease
5. Lysosomal disease
6. Fatty acid oxidation defects
7. Neurotransmitter disease
8. Tyrosinemia
9. Purine/pyrimidine


Masalah penyakit IEM di negara ini dikesan satu dalam setiap 3,000 kelahiran. Namun, banyak kes yang mungkin tidak dapat dikesan kerana kurang diagnosis awal. Apatah lagi ada pesakit IEM lahir dalam keadaan normal tetapi mula bermasalah dalam proses pembesaran. Malah, pada usia tiga tahun, kanak-kanak itu mungkin boleh meninggal dunia kerana masalah jantung.

Penyakit IEM ada kalanya berterusan tanpa dapat dikesan kerana simptomnya kelihatan seperti ‘penyakit biasa’. Selalunya kanak-kanak susah untuk makan, masalah tingkah laku, masalah penglihatan dan pendengaran, masalah jantung atau autism.

Hampir semua kes IEM terjadi disebabkan kekurangan enzim dalam badan. Ada 30,000 gen dalam tubuh manusia dan setiap satu membawa antara lima hingga enam gen yang rosak. Jika ibu bapa membawa gen rosak yang sama dikaitkan punca daripada satu penyakit IEM, anak yang akan lahir berisiko hingga 25 peratus untuk menghidap penyakit itu.

Penyakit IEM boleh dikesan sejak kecil tetapi ada juga pada usia dewasa dan tua. Semua itu bergantung sejauh mana masalah kekurangan enzim yang dihidapi. Selalunya bayi yang terjejas dengan IEM akan kelihatan normal pada waktu lahir tetapi mula bermasalah selepas itu. Tanpa diagnosis atau rawatan, mereka mungkin hilang keupayaan mental dan fizikal.

Antara masalah IEM yang biasa dialami kanak-kanak di Malaysia adalah kekurangan G6PD, penyakit Maple Syrup (MSUD - tubuh gagal memecahkan protein menjadikan urin berbau seperti sirap maple), gangguan Mitochondrial (masalah dalam sel), gangguan neurotransmitter dan sebagainya.

Bayi yang lahir dengan IEM kurang menyusu dan kelihatan penat. Bagi kanak-kanak pula akan mengalami kerencatan otak, cacat anggota pendengaran atau penglihatan. IEM juga berpotensi merosakkan fungsi organ seperti hati dan limpa.
.
RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

INFO TENTANG PENYAKIT IEM
.
1. Penyakit IEM adalah sejumlah pesakit genetik yang membabitkan gangguan pada metabolism.
2. Penyakit IEM juga dirujuk sebagai masalah gangguan metabolik kongenital.
3. Perkataan Inborn Error of Metabolism (IEM) dimulakan oleh doktor British, Archibald Garrod pada tahun 1908 yang merujuk pada hipotesis satu gen, satu enzim.
4. Penyakit IEM dikategorikan sebagai kekacauan karbohidrat metabolism, asid amino metabolism dan asid organik metabolism.
5. Kekacauan metabolism karbohidrat menyebabkan penyakit seperti glycogen storage disease.
6. Kekacauan metabolism asid amino menyebakan penyakit maple syrup urine disease (penyakit kekurangan enzim yang menyebabkan air kencing berbau maple).

Penyakit IEM merupakan sekumpulan penyakit-penyakit keturunan (warisan genetik) yang menjejaskan tindak balas kimia badan, antaranya akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu.

Biasanya, ia menyebabkan kanak-kanak mengalami pelbagai masalah metabolisme seperti kerencatan otak, kecacatan anggota, masalah pembelajaran, masalah sikap, kecacatan pendengaran atau penglihatan serta kerosakan fungsi organ-organ.

Memandangkan bilangan kes yang kecil, minat dalam penyelidikan untuk rawatan dan penawar penyakit-penyakit berkenaan juga lebih rendah berbanding penyakit lain.

Jika salah seorang anak anda didiagnos sebagai penyakit Inborn Error of Metabolism dan ingin membuat rawatan dikumpulan perubatan elektronik, kami memerlukan sample DNA anak anda seperti darah, rambut, air liur dan urin supaya Perubatan Elektronik dapat mengkodkan kerosakan DNA anak anda dan seterusnya kod DNA tadi melalui proses pemancaran gelombang elektromagnetik secara auto sehingga DNA yang rosak tadi di tukar menjadi penawar gelombang yang akan dipancarkan ke dalam tablet kunyah atau air untuk dimakan tiga kali sehari.

Selain itu, kami akan membekalkan pesakit IEM beberapa ubat yang telah dipancarkan dengan penawar gelombang yang halus (125,000) lebih halus dari nano sehingga ia dapat menembusi sel-sel yang tidak dapat ditembusi oleh ubatan biasa.

Antara ubat yang dibekalkan ialah:
a. GENETIC CLEANSING (berfungsi sebagai merawat dan membuang penyakit yang bersifat keturunan dan jangkitan).
b. COMBINED ORGANS (berfungsi sebagai penguat fungsi organ dalaman termasuk hati dan hempedu).
c. BROAD SPECTRUM (berfungsi sebagai antibodi dan imun sistem).
d. THERAPY DNA (NOSODE) (berfungsi sebagai pembaik pulih kerosakan DNA, gen dan ketidakseimbangan tubuh).
Kos rawatan pula hanya RM50.00 (diskaun50%) sebulan.

Antara fungsi Perubatan Holistik ialah ia mengandungi ribuan kod-kod penawar gelombang elektromagnetik yang bertindak sebagai scanner yang paling baik dan berkesan untuk tubuh.
Perubatan Holistik juga bertindak merangsang "Central Nervous Sysytem" (CNS) dan ia juga bertindak menghantar tenaga yang dipancarkan oleh CNS ke seluruh badan mengikut keperluan sel.Apabila ia mendapati ada sel, tisu atau organ yang cedera, mati atau tidak normal, maka ia akan memberikan isyarat dan berusaha untuk memperbaiki ketidakseimbangan tubuh badan tersebut secara semulajadi.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik adalah satu-satunya perubatan yang merawat pesakit secara terapi DNA yang sangat specifik dan efisien.

Untuk rawatan Holistik secara online sila klik di sini.
video