INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 1 Oktober 2010

LEUKAEMIA DAN KANSER

Leukemia adalah sejenis penyakit kanser darah di mana, sum-sum tulang tidak dapat berfungsi sebagai pembuat sel-sel darah merah dan pembeku darah (platelet darah).

Ini menyebabkan sel-sel darah putih yang tidak normal dan tidak matang terhasil di dalam tubuh.Apabila sel darah putih terlalu banyak di dalam badan mengakibatkan seseorang itu menjadi pucat (anemia), tidak bermaya dan daya tahan melawan penyakit juga menjadi lemah.
.
Leukemia juga dikenali sebagai sekumpulan penyakit yang bersifat malignan (merebak), apabila kenaikan bilangan leukosit (sel darah putih) tertentu yang tidak matang ataupun abnormal berlaku.
.Ini mengakibatkan kenaikan kecenderungan terhadap penyakit seperti anemia dan pendarahan. Gejala-gejala lain termasuk pembengkakan limpa, hepar dan nodus-nodus limfa.
.
PEREDARAN DARAH
.
Darah dipam oleh jantung ke seluruh tubuh sejauh lebih 150,000 kilometer setiap hari. Antara fungsi darah ialah membekal oksigen, hormon-hormon dan tenaga ke seluruh sel tubuh.Darah juga membantu mengalir keluar bahan-bahan sisa dan membantu di dalam melawan jangkitan. Darah terdiri daripada cecair yang jernih dikenali sebagai plasma dan tiga jenis sel:

1. Sel darah merah, yang berfungsi menghantar oksigen dan tenaga ke seluruh sel.
2. Sel darah putih, yang berfungsi sebagai sistem pertahanan.
3. Platelet, yang berfungsi membantu membekukan darah bila terluka.
.
Jika tubuh badan kita kekurangan sel darah merah, maka kita akan mengalami anemia. Jika ini berlaku, maka kita akan kelihatan pucat, pening kepala, tidak bermaya dan sentiasa letih.
.
Sel darah putih pula diperlukan bagi mempertahankan tubuh daripada jangkitan dan serangan virus jahat. Pengurangan sel darah putih meningkatkan risiko mendapat jangkitan kuman jahat.
Manakala platelet pula diperlukan untuk membantu darah kita membeku ketika mendapat luka. Penurunan jumlah platelet mungkin menyebabkan pendarahan yang lama atau tubuh kita mudah lebam.
.
JENIS LEUKEMIA
.
Leukemia merupakan kanser sel-sel yang membentuk darah. Leukemia menyebabkan sel darah putih yang belum matang terhasil.
.
Sel darah putih yang belum matang ini dikenali sebagai blas leukemia. Ia tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi sel darah putih yang normal seperti biasa.
.
Sel-sel ini akan terkumpul di dalam sum-sum tulang dan melimpah ke dalam darah serta akhirnya merebak ke dalam organ-organ lain seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang. Sehingga jika tidak dirawat dari awal ia akan merebak masuk ke dalam cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang (central nerve system).
.
Apabila sel-sel darah putih yang belum matang ini terkumpul di dalam sum-sum tulang, menyebabkan sum-sum tulang tidak dapat menghasilkan sel darah merah, sel-sel darah putih yang matang dan platelet yang mencukupi.
.
Leukemia boleh terjadi dalam beberapa bentuk. Sesetengah bentuk timbul serta-merta dan berkembang dengan cepat di dalam masa beberapa hari sahaja. Ini dikenali sebagai leukemia akut. Manakala sesetengahnya berkembang dengan kadar yang agak perlahan dalam beberapa bulan dan tahun. Ini merupakan leukemia kronik.
.
Penyakit leukemia dinamakan mengikut jenis-jenis darah putih yang terlibat. Leukemia myeloid ialah leukemia yang melibatkan granulosit-granulosit manakala leukemia limfoid melibatkan limfosit-limfosit.Antara jenis leukemia ialah:
.
1. ACUTE LYMPHOID LEUKEMIA (ALL)
Leukemia limfoid akut bisaanya terjadi kepada kanak-kanak dan merupakan peratusan yang kecil di kalangan orang dewasa.
.
2. CHRONIC LYMPHOID LEUKEMIA (CLL)
Leukemia ini juga menjejaskan limfosit-limfosit, tetapi berkembang dengan lebih perlahan daripada leukemia limfoid akut.
.
3. ACUTE MYELOID LEUKEMIA (AML)
Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja.
.
4. CHRONIC MYELOID LEUKEMIA (CML)
Leukemia myeloid kronik boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi paling jarang dikesan pada usia di bawah 20 tahun.
.
RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
.
Biasanya, jika anda menghidap penyakit leukemia dan jika anda membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, sebaik-baiknya kami memerlukan laporan perubatan dan keputusan laporan darah tempat anda mendapat rawatan sebelumnya. Ini bertujuan supaya kami dapat mengenalpasti kandungan sel darah merah, sel darah putih dan platelet anda.
.
Jika sel darah putih yang belum matang berlebihan, biasanya kami akan mengambil DNA anda seperti air liur, rambut atau kuku supaya kami dapat mengkodkan kerosakan DNA anda lalu ia akan diproses menggunakan alat yang dikenali sebagai 'OPAMP MACHINE' sehingga ia menjadi kod penawar DNA lalu ditransferkan ke dalam ubat berbentuk tablet kunyah supaya DNA yang rosak dapat diperbaiki dan seterusnya menghalang sel darah putih yang belum matang merebak.
.
Ini berbeza dengan rawatan radioterapi atau kemoterapi. Kerana antara fungsi rawatan radioterapi dan kemoterapi ialah ia berusaha membunuh sel-sel jahat di dalam badan, namun sel-sel baik dan antibodi juga turut terbunuh. Sebab itu, biasanya mereka yang mendapat rawatan radioterapi ataupun kemoterapi akan keguguran rambut dan tubuh menjadi kurus serta tidak bermaya.

Sebaliknya, antara keistimewaan Perubatan Holistik ialah ia mampu membunuh gelombang penyakit, mampu membunuh sel-sel jahat, mampu memperbaiki kerosakan DNA, mampu menguatkan antibodi dan mampu memperbaiki imun sistem secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.
.
Hasil kajian perubatan menunjukkan bahawa tubuh badan kita memerlukan beberapa enzim bagi tubuh melaksanakan tugasan mereka. Salah satu enzim yang berfungsi untuk menyahkan toksin dalam badan adalah enzim yang dipanggil Rhodanese yang boleh di jumpai dalam kuantiti yang banyak di seluruh tubuh yang sihat, kecuali pada bahagian yang ada sel-sel kanser.
.
Oleh itu, kami di Pusat Perubatan Holistik akan membekalkan kod gelombang elektromagnetik vitamin B17 kepada pesakit kanser sehingga ia mampu membunuh gelombang dan jisim sel kanser serta menyahkannya melalui peluh, air kencing dan pembuangan air besar.Ini kerana antara fungsi vitamin B17 ialah mampu membunuh sel kanser dengan efisyen. Apabila kod penawar gelombang elektromagnetik vitamin B17 memasuki ke dalam tubuh pesakit kanser, ia akan dipecahkan oleh enzim Rhodanese.

Kemudian enzim Rhodanese pula akan memecahkan Hidrogen Sianida dan Benzaldehyde kepada 2 bahagian, Thiocyanate dan Benzoic asid merupakan enzim yang sangat diperlukan oleh sel-sel yang sihat untuk menjalankan proses metabolisme.
.
Hasil proses metabolisme enzim tersebut akan menghasilkan vitamin B12 manakala lebihan dari proses metabolisme tersebut akan di keluarkan oleh sistem pembuangan samada melalui peluh, air kencing atau najis.Antara fungsi lain Perubatan Holistik ialah ia mampu memancarkan gelombang elektromagnetik Vitamin B17 supaya sentiasa berada di dalam tubuh. Apabila gelombang elektromagnetik vitamin B17 bertemu dengan sel-sel kanser, ia tidak dapat di pecahkan sebab tidak terdapat enzim Rhodanese untuk memecahkannya kerana enzim Rhodanese tidak terdapat pada sel kanser.
.
Pada sel kanser hanya terdapat enzim Beta-Glucosidase dengan banyaknya. Sebaliknya apabila kodgelombang elektromagnetik vitamin B17 bertemu dengan enzim Beta Glucosidase, satu tindak balas kimia akan berlaku disini iaitu Hidrogen Sianida bergabung dengan Benzaldehyde. Gabungan ini akan menghasilkan sebuah bahan yang akan membunuh dan membinasakan sel-sel kanser.
.
Rawatan Perubatan Holistik juga boleh diibaratkan laksana anti virus yang berfungsi sebagai pengesan (scaner) ketidakseimbangan tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki. Jika ada DNA ataupun sel yang musnah, ia akan berusaha memperbaiki kerosakan DNA dan berusaha menstabilkan hormon-hormon serta menguatkan antibodi tubuh secara semulajadi.
.
Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai dengan penyakit leukemia dan semua jenis kanser.

Untuk rawatan online berkaitan leukaemia dan kanser sila klik di sini.