INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 3 Disember 2010

HIJRAH DAN TIGA ORANG FATIMAH

Ketika Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah al-Munawwarah, Baginda telah singgah di kampung kabilah Bani Amr bin Auf di Quba. Para sahabat menghendaki Rasulullah s.a.w. segera memasuki Madinah al-Munawwarah namun, Baginda bersabda:

“Daku tidak akan memasukinya sebelum sampai anak bapa saudaraku (Saidina Ali k.wh.) dan puteriku Fatimah az-Zahra’.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. megirimkan surat kepada Saidina Ali k.wh. yang dibawa Abu al-Laits al-Wahidi. Setelah surat tersebut sampai, Saidina Ali .Wh bersiap sedia untuk berangkat dan menyuruh orang yang ikut serta bersamanya pergi pada malam hari menuju Zi Thuwa. Manakala saidina Ali k.wh. mengawal beberapa wanita yang semuanya bernama Fatimah. Mereka adalah:

1- Fatimah az-Zahra’ binti Rasulullah s.a.w..
2- Fatimah binti Asad, ibu Saidina Ali k.wh.
3- Fatimah binti Zubair bin Abdul Muthalib
.[1]

Ketika mereka sampai di Madinah al-Munawwarah, Rasulullah s.a.w. sangat bergembira kerana dapat bertemu dengan puteri kesayangannya. Baginda merangkul dan menciumnya dan kemudian mengangkat tangan Saidina Ali k.wh. sambil bersabda:

“Inilah saudaraku dan orang yang mewarisi ilmuku. Dia bersamaku masuk syurga di istanaku bersama puteriku Fatimah az-Zahra’.”

Semasa Fatimah az-Zahra tinggal di Madinah al-Munawwarah, beliau menetap di rumah Ummu Ayub al-Anshariyah iaitu isteri Abu Ayub al-Anshari.[2]

Tidak ada hari yang lebih baik dan lebih indah dari hari ketika Rasulullah s.a.w. menetap di Madinah al-Munawwarah. Fatimah az-Zahra’ dan bapanya telah menetap di rumah Abu Ayub al-Anshari selama tujuh bulan.
__________________________________

[1] Di catat di dalam kitab Fatimah az-Zahra’ oleh Abu ‘Alam al-Mishri terbitan Darul Ma’arif, Mesir.
.
[2] Ummu Ayub al-Anshariyah adalah puteri Abu Ayub al-Anshari. Dia hanya dikenali sebagai Ummu Ayub. Suaminya adalah Khalid bin Zaid al-Bukhari al-Anshari yang lebih dikenali sebagai Abu Ayub al-Anshari. Dia telah ikut serta dalam perang “Aqabah, Badar, Uhud, Khandaq dan beberapa peperangan lain bersama Rasulullah S.A.W..
.
Dia bersama Saidina Ali K.wh telah turut serta dalam Perang Jamal dan Perang Shifin. Dia juga ikut serta ke Nahrawan dalam memerangi kaum Khawarij.

Di zaman kekhalifahan Muawiyah, dia termasuk pasukan yang dihantar ke Rom bersama Yazid bin Muawiyah. Namun Abu Ayub al-Anshari telah sakit. Yazid telah menziarahinya dan berkata:
“Apakah hajatmu?” Dia menjawab:

“Hajatku ialah jika aku meninggal dunia, naikkanlah jenazahku ke atas kenderaan dan kemudian bawalah aku ke negeri musuh yang dapat anda jangkau dan kuburkanlah aku di sana.”
.
Kemudian Yazid kembali. Tidak lama kemudian Abu Ayub al-Anshari meninggal dunia. Yazid beserta pasukannya melaksanakan wasiatnnya. Mereka telah menguburkan jenazahnya di Konstantinopel pada tahun 51 Hijrah. Makam Abu Ayub al-Anshari akhirnya menjadi tempat ziarah kaum Muslimin dan tempat di mana mereka memohon hajat mereka kepada Allah S.W.T., kerana di masa hidupnya dia dikenali sebagai orang yang doanya cepat diperkenankan Allah S.W.T..
.
Ketika Konstantinopel ditakluk pasukan Turki pada tahun 857 Hijrah, di bawah pimpinan Sultan Muhammad bin Murad yang dikenali sebagai Muhammad al-Fatih, mereka telah mendirikan kubah di atas kuburnya dan mendirikan masjid dipersekitarannya. Di dalam masjid itulah mereka membaiat (menyokong) sultan dari keturunan Utsman. Sultan yang dibaiat menerima pedang Utsman, pendiri Daulah Utsmaniah.

Rasulullah S.A.W. juga pernah tinggal di rumah Abu Ayub al-Anshari. Ketika unta Baginda berhenti di depan pintu rumah Abu Ayub al-Anshari, budak perempuan dari Bani Najjar keluar sambil mengetuk rebana dan bersyair:

"Kami budak perempuan dari Bani Najjar
Betapa sukanya berjiran dengan Muhammad S.A.W.."
.
NASYID THALA'AL BADRU 'ALAINA

video