INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 21 Januari 2011

KANDIDIASIS

Kandidiasis adalah jangkitan oleh fungus aeakan-akan yis dari genus Candida, biasanya spesies C. albicans.

Jangkitan ini dahulunya dikenali sebagai moniliasis yang berlaku di kawasan-kawasan tubuh yang lembab seperti lipatan-lipatan kulit, mulut, trek pernafasan dan vagina.

Kandidiasis mulut dan vagina lebih dikenali sebagai seriawan.
Kandidiasis adalah infeksi oportunistik (IO) yang kebiasaannya terjangkit kepada mereka yang menghidap HIV.

Jangkitan ini disebabkan oleh sejenis kulat yang dikenali sebagai Candida.

Jika sistem daya tahan tubuh melawan penyakit seseorang itu kuat, ia dapat menyahkan kandidiasis secara semulajadi.
.
Jika penyakit ini berada di bahagian mulut, ia dikenali sebagai Thrush.

Jika berada di kerongkong, ia dikenali sebagai Esofagitis.
.
Antara gejala yang ketara ialah ia seperti gumpalan putih seperti buih atau bintik merah sehingga ia menyulitkan seseorang itu untuk menelan, merasa loya dan hilang selera makan.

Manakala kandidiasis pada vagina pula dikenali sebagai vaginitis.

Antara gejala penyakit vaginitis termasuk gatal dan kadang kala mengeluarkan cecair putih yang agak kental.

Kandidiasis juga boleh menyebabkan infeksi pada otak, jantung, sendi dan mata.

PUNCA KANDIDIASIS
.
1. Kelembaban dan kehangatan.
Jika terdapat kelembapan dan kehangantan di bahagian kulit yang sensitif, maka kuman Candida mudah bersarang di situ.
.
2. Mengamalkan ubatan antibiotik.
Biasanya mereka yang mengamalkan ubatan antibiotik atau ubatan yang berasaskan steroid mudah dijangkiti kandididasis.
.
3. Kehamilan.
.
4. Obesiti (kegemukan).
.
5. Diabetes.
.
GEJALA
.
1. Jangkitan pada lipatan kulit.
Jangkitan pada lipatan kulit biasanya menyebabkan ruam kemerahan yang seringkali disertai adanya bintikan yang mengeluarkan sejumlah kecil cairan berwarna keputihan.
.
2. Jangkitan pada vagina (vulvovaginitis).
Sering ditemukan pada wanita hamil, penderita diabetes atau orang yang mengamalkan ubatan antibiotik. Gejalanya berupa keluarnya cairan putih atau kuning dari vagina disertai rasa panas, gatal dan kemerahan di sepanjang dinding dan daerah luar vagina.
.
3. Jangkitan pada penis.
Sering terjadi pada penderita diabetes atau lelaki yang pasangan seknya dijangkiti kuman kandidiasis.
.
4. Thrush.
Merupakan jangkitan kulat di dalam mulut.berbintik putih yang melekat di lidah dan kawasan mulut. Ia sering menimbulkan rasa pedih.
.
Jangkitan Thrush pada orang dewasa merupakan pertanda adanya gangguan kekebalan yang berkemungkinan akibat penyakit diabetes, HIV atau AIDS.
.
5. Paronychia (Paronikia).
Inflamasi atau bengkak pada lipatan kulit dan tisu yang mengelilingi kuku jari tangan atau jari kaki sehingga menyebabkan pembengkakan dan pembentukan nanah. Kuku yang dijangkiti akan menjadi putih atau kuning sehingga akan tanggal dari jari tangan atau jari kaki.

RAWATAN DIMKUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK
.
Sekiranya salah seorang keluarga anda menghidap jangkitan kandidiasis seperti di atas, kami di Kumpulan Perubatan Elektronik dapat membantu anda merawat penyakit jangkitan kulat dengan membekalkan ubat penawar elektromagnetik yang mampu membunuh akar umbi kulat-kulat tersebut dan mampu menguatkan sistem saraf kulit supaya kulat-kulat tersebut dapat dinyahkan melalui sistem perkumuhan seperti pembuangan air kencing, peluh dan pembuangan air besar.
.
Disamping itu, kami di Kumpulan perubatan Elektronik mempunyai kod-kod gelombang yang mampu membunuh roh (gelombang ) kuman-kuman penyebab kandidiasis dan kuman-kuman yang menyerang saraf kulit sehingga saraf kulit dapat berfungsi dengan sediakala dan dapat menghasilkan enzim semulajadi yang mampu menyahkan anasir-anasir jahat dalam tubuh.Apabila roh (gelombang) sesuatu kuman itu dapat dibunuh (di-anti dot-kan), nescaya jasad dan fizikal kuman (terutama kuman kandidiasis) akan mati, manakala pesakit akan menuju ke arah penyembuhan.
.
Antara kod yang akan dipancarkan ke dalam ubat berbentuk tablet kunyah ialah:1. Kod anti combined Bacteria. (lebih 500 kod berasingan).
.
1. Kod anti combined Bacteria. (lebih 500 kod berasingan).
2. Kod anti combined Viruses. (lebih 300 kod berasingan)
3. Kod anti combined Fungi (Mycoses). (lebih 300 kod berasingan)
4. Kod anti combined Parasites. (lebih 300 kod berasingan)
5. Kod anti combined Protozoae.
6. Kod anti combined Worms (Helminths).
7. Kod anti combined Tapeworms (Cestoda).
8. Kod anti combined Trematodes.
9. Kod anti combined Roundworms.
10. Kod anti combined Filiarial worms.
11. Kod anti combined Hookworms.
12. Kod anti combined Ticks (Ixodida).
13. Kod anti combined Mites (Astigmata).
14. Kod anti combined Lice (Anoplurida).
15. Kod anti combined Dipterida.
16. Kod anti combined Siphonapterida (Fleas).
17. Kod anti combined Moulds and Mould toxins.
18. Kod anti combined Slime mould.
19. Kod anti combined Flatworms.
.
…..dan ribuan kod lain berkaitan imun sistem, antibodi, penyusunan semula DNA, RNA dan fungsi organ dalaman.
.
Walaupun ribuan kod penawar gelombang elektromagnetik dipancarkan ke dalam ubatan yang dibekalkan, namun ia hanya akan aktif jika ada sel-sel, DNA, RNA dan organ dalaman yang lemah sahaja. Manakala selebihnya akan berlalu begitu sahaja atau bertindak sebagai vitamin dan antibodi.