INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 16 Februari 2011

MERANCANG SECARA SEMULAJADI

Kaedah perancangan keluarga semula jadi adalah berdasarkan pada ketentuan masa hubungan kelamin dalam kitaran haid seseorang wanita.
.
Kaedah perancangan keluarga ini membantu sekiranya pasangan tersebut mengikuti tatacara jadual haid dengan tegas setiap masa.
.
Kejayaan kaedah ini bergantung kepada keupayaan mengenali bila telur (ovum) akan dikeluarkan dan juga jika menggunakan kaedah lain, seperti kondom pada hari kesuburan, ataupun tidak mengadakan hubungan kelamin langsung.
.
Untuk memastikan keberkesanan kaedah ini, isteri harus tahu fungsi dan perubahan yang terjadi pada badan. Suami pula, perlu mengikuti pola-pola perubahan dengan tepat dan betul.
.
Harus diingat, seperti juga penggunaan kondom, masih ada kebarangkalian untuk mengandung melalui kaedah ini, jadi suami isteri perlu tetap berjaga-jaga.
.
Perlu ditegaskan keberkesanan kaedah semula jadi ini tidak seperti kaedah-kaedah yang lain. Satu perempat dari mereka yang mengamalkannya mungkin mengandung dengan tidak sengaja.
.
Kaedah semula jadi ini tidak sesuai kepada mereka:
.
1. Tidak sepatutnya mengandung disebabkan oleh masalah perubatan.
.
2. Kitaran haid yang tidak teratur serta tidak ketentuan, menyebabkan ramalan masa subur tidak dapat dilakukan.
.
3. Masalah dengan pendarahan abnormal dari vagina, radang vagina dan radang pangkal rahim sehingga menyebabkan penentuan kesuburan melalui lelehan mukus serviks tidak tepat.
.
4. Penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti antibiotik, anti-tiroid dan juga anti-histamin mungkin mengubah sifat tabii rembesan vagina sehingga mengakibatkan kesukaran tafsiran mukus.
.
5. Keadaan yang tidak berkaitan dengan kemandulan seperti demam, yang dapat mengubah suhu badan asas.
.
KITARAN HAID
.
Wanita mempunyai dua ovari, setiap satu berada di sisi rahim. Setiap bulan, ovari akan mengeluarkan telur yang kemudiannya akan memasuki tiub fallopian. Ini dipanggil ovulasi dan ia berlaku pada hari ke-12 hingga ke-14 sebelum bermulanya pendarahan haid. Isteri boleh mengandung sekiranya hubungan kelamin berlaku sekitar masa ovulasi akibat persenyawaan di antara telur dan sperma yang diejakulasi ke dalam vagina.
.
Hasil persenyawaan ini akan bergerak melalui tiub fallopian untuk implantasi di dinding rahim yang kemudiannya membesar sebagai janin.
.
Kaedah perancangan secara semula jadi merujuk kepada kitaran haid, iaitu mengenalpasti hari kesuburan yang perlu dielakkan hubungan kelamin. Untuk kebanyakan wanita, telur dikeluarkan dari ovari sekitar minggu sebelum kehadiran haid yang berikutnya. Telur ini berupaya untuk disenyawakan dalam tempoh 24 jam selepas dikeluarkan, manakala sperma pula dapat bertahan untuk tiga hari.
.
PERANCANGAN SECARA SEMULA JADI
.
Terdapat lima kaedah perancangan secara semula jadi. Perlu diingatkan, isteri harus ditunjuk ajar oleh seorang yang professional di bidang perubatan ataupun kaunselor perubatan bertauliah untuk mengamalkan kaedah-kaedah berkenaan.

l. MENGESAN SUHU BADAN ASAS

Sejurus selepas ovulasi, suhu badan isteri akan meningkat sedikit. Satu jangka suhu khas digunakan untuk menyukat suhu badan isteri sejurus selepas bangun dari tidur dan bacaannya diplotkan sebagai satu graf. Suhu diambil setiap hari.Harus diingat, suhu badan isteri turut dipengaruhi oleh demam, tidur yang terganggu dan juga jadual pekerjaan bercorak anjakan. Pasangan yang menggunakan kaedah suhu ini tidak boleh mengadakan hubungan kelamin sehingga tiga hari selepas meningkatnya suhu badan.

2. MENGENAL PASTI OVULASI SECARA PENELITIAN MUKUS PANGKAL RAHIM

Melibatkan kepada perubahan jumlah mukus yang terhasil serta penelitian pada ketekalannya. Lazimnya, isteri akan merasa kelainan pada lelehan mukus yang keluar melalui vagina semasa ovulasi, perubahan ini yang harus ditelitikan. Untuk kebanyakan wanita, vagina dirasai kekeringan sejurus selepas haid bulanan. Kemudiannya, lelehan mukus menjadi lebih bergetah. Sebelum ovulasi, mukus ini bertukar menjadi lebih basah dan licin.
.
Hari-hari terakhir lelehan mukus ini selari dengan hari kemuncak ovulasi, kemudiannya mukus akan menjadi lebih kental, mungkin juga langsung hilang dan kekeringan dirasai kembali. Masa selamat bermula pada 10 atau 11 hari dari penghujung haid dan juga semasa vagina dirasai kekeringan. Masa kesuburan (masa isteri tidak boleh melakukan hubungan kelamin) bermula dengan petanda pertama mukus dan berlangsung sehingga 4 hari selepas hari kemuncak ovulasi.
Kaedah mukus tidak menggunakan alat penyukat suhu badan, ini memberikan satu kelebihan untuk mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak ketentuan. Walaubagaimanapun, lelehan mukus ini mungkin terkeliru dan tercelaru jika berlakunya jangkitan di vagina, keghairahan seksual, penggunaan bahan pelicin serta ubat-ubatan yang dimakan.

3. KAEDAH SYMPTOTHERMAL

Kaedah ini menggabungkan kedua-dua kaedah suhu dan juga penelitian mukus. Tambahan kepada pengambilan suhu serta penelitian mukus, isteri juga harus berwaspada pada tanda-tanda lain ovulasi seperti:
.
a. Kesakitan di bahagian abdomen mungkin juga disertai oleh kekejangan.
b. Pengaliran darah melalui vagina.
c. Perubahan dengan kedudukan serta keteguhan pangkal rahim.
.
Kaedah ini memerlukan isteri menahan diri dari hubungan kelamin bermula dari kehadiran mukus atau rasa basah sehinggalah hari ketiga selepas peningkatan suhu badan atau pun empat hari selepas kemuncak penghasilan mukus.
.
Disebabkan oleh banyak faktor yang dimasukkan ke dalam kaedah ini, jadi kaedah ini lebih berkesan dari pelbagai kaedah sebelumnya. Namun begitu, batasan yang mempengaruhi keberkesanannya juga adalah sama.

4. KAEDAH KALENDAR

Juga dikenali sebagai kaedah beritma, isteri hendaklah merekodkan dengan pasti kitaran haid untuk selama enam bulan. Kemudiannya satu pengiraan sifir mudah digunakan. Kitaran haid dikira dari ‘hari pertama pendarahan’ hinggalah ke ‘hari pertama haid yang berikutnya’. Kitaran haid biasanya selama 28 hari, tapi julatnya boleh di antara 23 hingga 35 hari, dan masih dikira sebagai normal. Cara kiraannya:a. Untuk kitaran haid yang ‘terpendek’, tolak harinya sebanyak 18 hari. Ini memberikan hari pertama kesuburan.b. Untuk kitaran haid yang ‘terpanjang’, tolak 11 hari, ini memberikan hari terakhir kesuburan.
.
Sebagai contoh, sekiranya sepanjang enam bulan penelitian kitaran haid isteri, didapati kitaran terpendek adalah 25 hari manakala yang terpanjang pula adalah 35 hari, untuk pengiraan hari kesuburan isteri ialah:a. Kitaran terpendek – 18 > 25-18 > 7 harib. Kitaran Terpanjang – 11 > 35 – 11 > 24 hariBermakna, hari kesuburan isteri (hari di mana hubungan kelamin perlu dielakkan) bermula pada hari ketujuh dan berakhir pada hari ke dua puluh empat pada bulan terbabit.

5. LAKTASI AMENORRHOEA

Bermaksud yang isteri tidak akan datang haid disebabkan oleh perubahan hormon badan akibat daripada penyusuan badan. Hormon prolaktin meningkat, jadi kitaran haid dan juga ovulasi tidak berlaku, maka kehamilan dapat dielakkan. Untuk kaedah ini berjaya, penyusuan harus dilakukan secara eksklusif tanpa gangguan dari cara pemakanan bayi secara formula. Selang di antara penyusuan tidak melebihi 4 jam pada sebelah siangnya dan tidak pula melebihi 6 jam pada malam hari.
.
Lagi khusus penyusuan susu badan sahaja dan lagi lama anak menyusu badan, lebih berkesanlah kaedah ini. Sekiranya penyusuan diselangselikan dengan susu formula, lagi cepatlah kitaran haid Puan akan bermula. Ini mempercepatkan kebarangkalian untuk mengandung. Kaedah laktasi amenorrhoea lebih berkesan untuk mereka yang agak berumur disebabkan oleh pertambahan faktor fisiologi kesuburan yang menurun dengan peningkatan umur.
.
Secara umumnya, kaedah ini mempunyai dua peratus kebarangkalian untuk mengandung pada enam bulan pertama selepas kelahiran, tetapi apabila sahaja pendarahan haid kembali, risiko mengandung memuncak.
.
Suami sebagai ketua keluarga, harus memberi kerjasama sekiranya bilangan unit keluarga mahu ditetapkan dan tidak sepatutnya menyalahkan isteri sekiranya kegagalan berlaku.
.
Suami juga tidak sepatutnya memaksa isteri untuk mempraktikkan mana-mana kaedah perancangan. Jadilah seorang suami yang bertanggungjawab yang bepandukan al-Quran dan Sunnah.

Untuk rawatan secara online berkaitan kesuburan dan sakit puan sila klik di sini.