INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 18 September 2011

PENYIMPANGAN SEKS

Semenjak kebelakangan ini, ramai muda-mudi melakukan penyimpangan dalam seks. Mereka berpendapat bahawa penyimpangan dalam seks adalah perkara biasa. Bahkan di dalam filem-filem juga mereka digambarkan seperti orang yang baik dan terhormat walaupun mereka melakukan penyimpangan dalam seks.

Untuk memuaskan nafsu, mereka tidak segan silu membayar wang walaupun dengan harga yang mahal.

Penyimpangan seks adalah aktiviti yang dilakukan seseorang untuk mendapatkan kenikmatan seks dengan cara yang tidak sewajarnya. Biasanya, cara yang digunakan adalah menggunakan objek seks sehingga kenikmatan seks mereka tercapai.

Ini berlaku kerana disebabkan psikologi, tekanan perasaan seperti pengalaman sewaktu kecil, pergaulan bebas, genetik dan beberapa faktor lain.

BEBERAPA ISTILAH PENYIMPANGAN SEKS

1. VOYEURISMEIstilah voyeurisme (disebut juga scoptophilia) berasal dari bahasa Francis iaitu vayeur yang bermaksud mengintai. Pesakit voyeurisme akan memperoleh kepuasan seks dengan cara mengintai atau melihat orang lain yang sedang telanjang, mandi atau bahkan melakukan seks.

Setelah melakukan kegiatan mengintai, pesakit voyeurisme tidak melakukan tindakan lebih lanjut terhadap mangsa yang diintai. Dia hanya mengintai atau melihat, tidak lebih dari itu. Ejakulasinya dilakukan dengan cara bermasturbasi setelah atau ketika dia mengintai atau melihat mangsanya.

Dengan kata lain, kegiatan mengintai atau melihat tadi merupakan rangsangan seks bagi pesakit voyeurism untuk memperoleh kepuasan seks yang maksima.

Yang jelas, para penderita perilaku seks menyimpang biasanya memerlukan bimbingan atau kaunseling kejiwaan, di samping sokongan orang terdekat agar dapat membantu mengatasi keadaan mereka.


2. FETISHISMEFatishi bermaksud sesuatu yang dipuja. Biasanya, para pesakit fetishisme, aktiviti seksnya disalurkan melalui bermasturbasi dengan menggunakan bra wanita, seluar dalam atau benda lain yang dapat meningkatkan hasrat rangsangan seks. Sehingga, orang tersebut mengalami ejakulasi dan mendapatkan kepuasan maksima dalam seks.

Namun, ada juga pesakit fetishisme yang meminta pasangannya untuk mengenakan benda-benda kegemarannya, kemudian barulah melakukan hubungan seks sebenar bersama pasangannya.


3. HOMOSEKSUAL
Homoseksual merupakan keadaan tertarik secara seksual kepada ahli-ahli jantina yang serupa. Ia juga boleh melibatkan kedua-dua jantina iaitu gay bila seorang lelaki bernafsu terhadap lelaki dan lesbian bila seorang wanita bernafsu terhadap kaum sejenisnya.

Homoseksual adalah antara risiko yang tinggi untuk mendapat HIV dan AIDS berbanding yang bukan homoseksual.


4. SADOMASOKISMESadisme adalah termasuk dalam penyimpangan seks. Dalam hal ini kepuasan seksual diperoleh bila mereka menikmati hubungan seks dengan cara menyakiti pasangannya terlebih dahulu.

Manakala masokisme seksual pula merupakan berlawanan dari sadisme seksual. Di mana, seseorang itu dengan sengaja membiarkan dirinya disakiti atau diseksa untuk memperoleh kepuasan seks yang maksima.


5. EKSHIBISIONISMEPesakit ekshibisionisme akan memperoleh kepuasan seks dengan memperlihatkan alat kelamin mereka kepada orang lain yang sesuai dengan kehendaknya. Bila mangsa terkejut, jijik dan menjerit ketakutan, dia akan merasa puas dan semakin terangsang.

Penyakit ekshibisionisme sering dideritai oleh kaum lelaki dengan memperlihatkan penisnya kepada kaum wanita sambil bermasturbasi sehingga dia mencapai kenikmatan seks.