INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 10 September 2012

TERAPI AIR KENCING DAN DNA


Pada tahun 1975, salah seorang pengasas Laboratorium Miles, Dr. A.H. Free, menerbitkan bukunya “Analisa air kencing dalam praktik makmal klinikal” di mana, beliau menerangkan bahawa, bukan saja air kencing itu cairan tubuh yang dikumuhkan, tetapi juga benar-benar mengandung ribuan bahan-bahan yang diperlukan oleh tubuh. Di antara unsur-unsur yang disebutkan dalam risalah Dr. Free adalah fakta nutrisi yang boleh membuat anda teruja untuk membacanya.

Di sini disertakan beberapa kandungan yang terdapat di dalam air kencing setelah dibuat ujikaji.

Alanine, Arginine, Ascorbic acid, Allantoin, Amino acids, Bicarbonate, Biotin, Calcium, Creatinine, Cystine, DHEA, Dopamine, Epinephrine, Folic acid, Glucose, Glutamic acid, Glycine, Inositol, Iodine, Iron, Lysine, Magnesium, Manganese, Melatonin, Methionine, Nitrogen, Ornithane, Pantothenic acid, Phenylalaline, Phosphorus, Potassium, Proteins, Riboflavin, Tryptophan, Tyrosine, Urea, Vitamin B6, Vitamin B12, Zinc.

Banyak kisah yang kita dengar tentang orang yang hidup ataupun meninggal dunia kerana terperangkap di suatu tempat tanpa makanan dan minuman selama berhari-hari. Mereka yang selamat adalah kerana meminum air kencingnya sendiri dan mereka yang meninggal dunia pula kerana tidak mahu melakukan perkara yang dianggap jijik ini. Mereka yang meninggal dunia itu mungkin tidak sanggup melakukan perkara yang tidak pernah dibuat orang. Padahal tidaklah begitu. Air kencing adalah lebihan cecair perkumuhan tubuh yang mempunyai pelbagai kandungan nutrisi.

Kilang-kilang farmasi di barat telah menghasilkan jutaan Dollar dari hasil penjualan ubat yang diperbuat dari air kencing manusia dan binatang.

PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT
.
Untuk mengetahui mengapa air kencing boleh dijadikan penawar pelbagai penyakit sila perhatikan bagaimana terapi air kencing dikenali sebagai penawar Alergi. Para saintis mendapati bahawa timbulnya alergi adalah disebabkan oleh “renegade” cell darah putih yang secara rawak menyerang zat-zat lain walaupun zat tersebut tidak mengancam tubuh.

Oleh itu, semua renagade cell darah putih, yang disebut antigen receptor, yang perlu diperbaiki untuk menyembuhkan alergi. Pada tahun 1982, pengkajian dan penelitian yang diterbitkan oleh Dr. William Linscott (Basic and clinical immunology) menunjukkan bahawa bila antigen receptor(renegade cell darah putih) dimasukkan kembali ke dalam tubuh, ia akan menguatkan antibodi untuk antigen receptor ini, seterusnya antibodi akan menghalang penyebab alergi.

Oleh kerana air kencing milik seseorang pengidap alergi mengandung antigen receptor, saintis berpendapat bahawa ketika dimasukkan kembali antigen receptor ke tubuh pengidap alergi tersebut ia dapat menguatkan antibodi yang kemudian mampu menghentikan penyebab alergi .

Itulah sebenarnya yang terjadi sehingga Alergi boleh disembuhkan dengan berkesan oleh terapi air kencing.

Menggunakan terapi air kencing untuk menyembuhkan penyakit alergi, adalah salah satu bentuk dari rawatan isopathic. Para perawat menggunakan zat yang sama dengan penyebab alergi, untuk dimasukkan kembali ke tubuh agar tubuh menjadikan antibodi untuk zat tersebut.

Bila anda sudah mengetahui penjelasan terapi air kencing ini, anda tentu dapat melihat kemampuan dari terapi air kencing ini untuk digunakan sebagai penawar bagi pelbagai penyakit.


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
.
Jika anda ingin membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, biasanya kami akan mengambil sample DNA anda seperti air liur, rambut, urine atau kuku supaya kami dapat mengkodkan gelombang DNA anda yang diproses melalui pembantaian molekul lalu dijadikan penawar dan dipancarkan secara auto ke atas ubat yang berbentuk air atau tablet kunyah untuk dimakan oleh pesakit sebanyak tiga kali sehari.

Ini bermakna, penawar yang paling baik ialah terapi DNA anda sendiri. Di mana, untuk kesembuhan secara total anda dikehendaki memakan ubat yang telah dipancarkan gelombang DNA anda sendiri seperti  gelombang darah, gelombang air liur dan gelombang rambut anda sendiri.

Para saintis hanya menjadikan air kencing pesakit sebagai terapi urin, manakala kami di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif adalah satu-satunya perubatan yang menjadikan DNA pesakit sebagai terapi untuk menyembuhkan pelbagai penyakit akut dan kronik.

Kesimpulannya, ubat yang selama ini anda makan ketika membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatifk adalah ubat terapi daripada gelombang asal darah, air liur atau rambut anda di mana, inilah sebenar-benar dan setepat–tepat ubat sebagaimana sabda Nabi bahawa setiap penyakit pasti ada penawarnya kecuali maut dan tua dan sebaik-baik penawar adalah terapi DNA pesakit itu sendiri.