INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label BERDENGKUR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERDENGKUR. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Disember 2010

TONSILITIS

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. ADENOIDSTonsil yang terletak di belakang hidung.

2. LINGUAL TONSILTonsil yang terletak di belakang lidah.

3. PALATINE TONSILTonsil yang terletak di tekak.

RADANG TONSILTisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit.
.Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak yang dikenali sebagai tonsillitis atau radang tonsil.

GEJALA TONSILTonsil boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria di dalam tekak. Jangkitan virus seperti Steptococcus boleh menyebabkan tonsil membengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Barr Virus, Adeno Virus dan Measles Virus juga boleh menyebabkan pembengkakan tonsil.

ANTARA GEJALA TONSIL1. Sakit tekak
2. Sukar menelan
3. Demam
4. Sakit kepala
5. Hilang suara
6. Bengkak di leher
7. Mulut berbau
8. berdengkur
JENIS TONSILUngkapan ‘saya ada tonsil’ seringkali kedengaran di kalangan masyarakat umum. Tidak kurang juga ada daripada golongan warga kerja perubatan dan kesihatan sendiri yang menggunakan pernyataan sedemikian yang merujuk kepada suatu struktur yang kelihatan pada mereka tidak normal di dalam rongga mulut.


Tonsil yang biasa dirujuk ialah struktur kelenjar yang terletak di bahagian tepi, iaitu di kanan dan kiri orofarinks seseorang, yang juga dikenali sebagai ‘palatine tonsil’. Selain itu, ada lagi agregasi limfoid lain yang berhampiran dengannya yang turut memainkan peranan dan fungsi yang sama. Ia dikenali sebagai ‘lingual tonsil’ iaitu yang terletak di pangkal lidah, ‘tubal tonsil’ yang terletak di belakang hidung dan beberapa kumpulan tisu limfoid yang lain di dalam tekak yang kesemuanya tersusun dalam bentuk lingkaran yang dipanggil ‘Lingkaran Weldeyer Dalam’.
.Tonsil sememangnya wujud pada semua orang terutamanya pada golongan kanak-kanak. Tonsil bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan badan sewaktu masih kecil kerana pada waktu tersebut sistem imuniti badan belum lagi mencapai tahap kematangan sepenuhnya. Imuniti yang dibekalkan oleh ibu sewaktu dalam kandungan juga sudah beransur-ansur hilang. Justeru, ungkapan mengatakan ‘saya ada tonsil’ tidaklah lebih daripada mengumumkan bahawa diri mempunyai struktur normal seperti mana orang lain. Dari segi signifikan maksudnya, ia samalah seperti mengatakan saya ada hidung, saya ada mata, saya ada telinga dan sebagainya.

Pada awal usia kanak-kanak, saiz tonsil ini akan meningkat sedikit demi sedikit sehingga mencapai ke suatu tahap yang kekal atau plateau. Apabila kanak-kanak mencapai usia persekolahan, maka saiz kelenjar ini lama-kelamaan akan menjadi semakin kecil. Hal yang demikian menerangkan mengapa tonsil jarang kelihatan atau jika dikesan pun adalah dalam saiz yang agak kecil pada golongan dewasa.

MASALAH BERKAITAN TONSILDalam praktis bidang otorinolaringologi (telinga, hidung dan tekak), masalah yang sering dikaitkan dengan tonsil ialah jangkitan virus dan bakteria, baik pada tonsil itu sendiri atau struktur di sekitarnya iaitu kawasan peritonsilar, hipertrofi atau pembesaran saiz kelenjar tonsil yang mengakibatkan tanda-tanda obstruktif (halangan) seperti penyempitan saluran pernafasan atas dan ketumbuhan termasuklah karsinoma sel skuama (squamous cell carcinoma) dan limfoma.

JANGKITANSelaras dengan fungsinya sebagai struktur barisan hadapan pertahanan badan terutamanya pada kanak-kanak, tonsil merupakan tisu yang terdedah kepada jangkitan kuman baik virus atau bakteria. Inflamasi berpunca daripada jangkitan virus biasanya merupakan sebahagian daripada jangkitan pada saluran pernafasan atas seseorang (upper respiratory tract infection). Bakteria pula, biasanya daripada jenis beta hemolitik streptokokus dikenalpasti sebagai punca jangkitan yang paling kerap berlaku. Ia biasanya mempunyai kecenderungan untuk serangan yang berulang-ulang.
.
Jika jangkitan tonsil ini merebak ke kawasan peritonsilar, maka manifestasinya akan menjadi lebih teruk sedikit. Kawasan peritonsilar akan mengalami keradangan dan kadang-kadang pengumpulan nanah akan berlaku. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi lebih sempit dan ada kalanya menyebabkan kesukaran bernafas.

Punca-punca jangkitan lain yang boleh berlaku pada tonsil termasukah difteria, infeksi mononukleosis, agranulositosis dan sebagainya yang kebanyakannya berlaku dalam frekuensi yang agak rendah. Ini mungkin disebabkan oleh keberkesanan imunisasi yang diperkenalkan oleh kerajaan terhadap bayi yang baru lahir, meningkat kefahaman tentang pentingnya menjaga kebersihan serta kesihatan gigi dan mulut, di samping kecenderungan ibu bapa membawa anak yang mempunyai masalah kelenjar tonsil untuk mendapatkan rawatan pada peringkat yang lebih awal.

HIPERTROFIL TONSILHipertrofi tonsil merujuk kepada saiz tonsil yang lebih besar daripada yang sepatutnya. Ia biasanya melibatkan kedua-dua belah tonsil dan saiznya bersimetri. Tonsil yang bersaiz besar ini akan mengakibatkan diameter saluran pernafasan atas amnya dan orofarinks khususnya menjadi lebih kecil. Hal ini akan menjadi lebih teruk jika ia berlaku pada kanak-kanak. Ini adalah kerana saiz orofarinks kanak-kanak adalah lebih kecil dan pertambahan saiz tonsil akan mengakibatkan baki ruangan saluran yang tinggal untuk pernafasan semakin kecil.
.
Selain itu, saiz tonsil yang besar juga akan menyebabkan gangguan dalam proses menelan yang normal. Kesukaran menelan ini disebut disfagia. Tonsil yang besar juga kerap kali menjadi tempat terlekat atau tersangkutnya benda asing seperti tulang ikan atau sisa makanan terutamanya tonsil yang mempunyai lubang-lubang yang jelas.

KETUMBUHAN
.Dalam kes-kes terpencil, terutamanya jika hanya sebelah tonsil yang kelihatan membesar lantas menjadikannya tidak lagi simetri, maka ia harus dipastikan bukan berpunca daripada ketumbuhan. Ini adalah kerana bentuk penyiasatan, dan yang lebih penting lagi rawatannya, adalah berbeza. Ketumbuhan tonsil juga biasanya akan menunjukkan tanda-tanda sistemik yang lain seperti susut berat badan, hilang selera makan dan bengkak kelenjar limfa pada leher yang seharusnya meningkatkan syak terhadap kemungkinan berlakunya ketumbuhan.
.
Biasanya, pesakit juga mempunyai faktor-faktor risiko yang lain seperti merokok, mengambil minuman beralkohol, mengamalkan memakan sirih atau mengunyah dan menyimpan tembakau di dalam mulut (budaya di sesetengah tempat).

TANDA PENYAKIT TONSIL1. Sakit sewaktu menelan, iaitu odinofagia adalah antara tanda utama yang membuatkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. Ada kalanya ia disertakan dengan demam panas yang mencecah 40°Celcius.
.
2. Saiz tonsil yang besar, baik pada pesakit yang diketahui mempunyai hipertrofi tonsil atau pun kesan infalamasi hasil daripada jangkitan akan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Kedua-dua belah tonsil mungkin membengkak dan bersentuh di bahagian tengah orofarinks (kissing tonsils).

Apabila ini berlaku, pesakit akan mengalami tidur berdengkur, kadang-kadang berhenti bernafas atau apnea sewaktu tidur. Menelan, walaupun air liur sendiri, juga menjadi suatu pengalaman yang memeritkan. Dalam kes jangkitan kawasan peritonsilar, perubahan suara akan berlaku di mana pesakit akan bertutur seperti dia sedang memakan sesuatu yang panas (hot potato voice).
.
3. Dalam kes-kes ketumbuhan, ada pesakit yang mengadu batuk berdarah dan pemeriksaan menunjukkan permukaan tonsil yang mengalami ulser dan berdarah apabila disentuh. Tidak kurang juga pesakit yang datang dengan tanda yang minimum seperti merasa seperti ada sesuatu yang terlekat di kerongkong sewaktu menelan.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.


Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.
.
Bagi orang dewasa, radang tonsil bukan saja membabitkan tisu tonsil, tetapi juga bahagian rongga mulut atau orofarinks.Jika dibuat pembedahan pada kanak-kanak, masalah sakit tekak atau demam akibat penyakit berkenaan dapat dikurangkan, malah boleh sembuh sepenuhnya.

Untuk kes tonsil yang teruk, tonsil membengkak dengan saiz besar sehingga pesakit sukar bernafas. Jika berdepan situasi sebegini, pembedahan dilakukan menggunakan kaedah ‘hot tonsilektomi.Bagi mengelakkan risiko berlakunya radang tonsil, anda dinasihatkan menjaga kebersihan, terutama tangan. Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut.

Jika anda atau salah seorang ahli keluarga anda mengidap tonsil, kami di Kumpulan Perubatan Elektronik mmempunyai ubat khusus tonsil yang mampu membunuh kuman seperti virus Steptococcus, Barr Virus, Adeno Virus dan Measles Virus.

Disamping itu, jika anda membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, kami akan mengambil sample DNA anda seperti rambut, air liur, darah dan urin supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan gelombang penyakit tonsil yang berada di DNA anda lalu menjadikannya gelombang penawar yang mampu membunuh kuman yang menyebabkan tonsil.

.Anda juga akan dibekalkan ubatan yang telah dipancarkan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang halus dan bertenaga yang mampu menembusi sel, menguatkan antibodi, imun sistem, saraf tunjang dan mampu memperbaiki kerosakan DNA & RNA pengidap tonsil.
.Penawar gelombang elektromagnetik yang dipancarkan ke atas ubat yang dibekalkan sangat halus iaitu 125,000 kali ganda dari nano dan 2,500 kali ganda dari sel darah.

Ini bermakna, Perubatan Holistik bertindak laksana scanner (pengesan) yang mampu mencari sesuatu akar umbi penyakit dan mampu memusnahkan (antidot) gelombang asal sesuatu penyakit.

Apabila gelombang sesuatu penyakit atau gelombang virus mampu di'antidot'kan, nescaya fizikal sesuatu penyakit atau fizikal kuman juga turut termusnah. Apabila ini berlaku, maka pesakit akan menuju ke arah penyembuhan.

.Kesimpulannya, Perubatan Holistik sangat sesuai untuk penyakit berkaitan tonsillitis, bronkitis, resdung, asma, thyroid, beguk dan pelbagai penyakit lain.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.

Ahad, 2 Mei 2010

BERDENGKUR


Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.


SEBAB BERDENGKUR
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar juga mudah berdengkur.

UVULA (ANAK TEKAK)
Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran. Saluran pernafasan juga mudah tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam sehingga mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.

KOMPLIKASI
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea' iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. 'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.



RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK
Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher orang yang berdengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas pendengkur tersebut.

Biasanya pemeriksaan akan menunjukkan berdengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, resdung, asma, bronkitis, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".

SARANAN BAGI ORANG YANG KUAT BERDENGKUR
1. Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan.
2. Kurangkan pengambilan minuman beralkohol atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.
3. Dicegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.
4. Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.
5. Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.
6. Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.

Jika anda mengalami tidur berdengkur, kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai ubat khusus untuk merawat penyakit berdengkur yang menggunakan teknologi penawar gelombang elektromagnetik.


Di mana anda dikehendaki memberikan sample DNA anda supaya pihak kami dapat memusnahkan gelombang asal penyakit anda melalui DNA yang diberikan. Setelah gelombang DNA anda dijadikan penawar, ia akan dipancarkan ke dalam ubatan berbentuk cecair atau tablet kunyah yang perlu dimakan tiga kali sehari. Ini kerana penawar gelombang yang dipancarkan ke dalam ubat yang dibekalkan akan aktif selama lapan jam. Oleh itu, anda dikehendaki memakan ubat tiga kali sehari iaitu di sebelah pagi, di sebelah petang dan di sebelah malam.

Penawar gelombang elektromagnetik yang dipancarkan ke atas ubat yang dibekalkan sangat halus iaitu 125,000 kali ganda dari saiz nano sehingga ia dapat menembusi dan memperbaiki sel-sel saraf tekak dan sel saraf pernafasan yang tidak dapat ditembusi dengan ubatan biasa.

Disamping itu, ubat yang dibekalkan juga berupaya memperbaiki keseluruhan fungsi organ dalaman termasuk hidung, saluran esafagus dan anak tekak.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik sangat sesuai kepada mereka yang mengidap pelbagai penyakit berkaitan saraf pancaindera dan saraf pernafasan.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.