INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Memaparkan catatan dengan label kanser. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kanser. Papar semua catatan

Isnin, 19 Disember 2011

KESAN FIBROID TERHADAP KEHAMILAN


Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.

Bagi wanita, mengetahui sesuatu yang asing sedang tumbuh dan membesar di dalam rahimnya merupakan perkara yang merunsingkan. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun.

Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid.

KEHAMILAN DAN FIBROID

Fibroid biasanya terdapat dalam kalangan wanita pada usia subur. Maka tidak hairanlah fibroid ditemui dalam kalangan wanita hamil. Kadang-kadang fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka semasa seseorang itu hamil. Ada fibroid yang dapat menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Akan tetapi, kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap fibroid mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga aras faktor pertumbuhan yang terdapat di dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.

Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70 peratus wanita hamil tersebut tidak mengalami pembesaran fibroid semasa hamil.

Sebanyak 30 peratus wanita pula menghadapi pembesaran fibroid, dan fibroid ini didapati membesar dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh pengaruh hormon estrogen yang berada pada aras yang tinggi ketika awal kehamilan.

Hanya segelintir wanita hamil yang diketahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian imbasan ultrabunyi dan kebanyakan wanita yang menghidap fibroid jarang mengalami masalah ketika hamil. Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, kaum wanita tidak perlu gusar kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.

Pasti ramai di kalangan wanita hamil akan tertanya-tanya adakah fibroid akan menyebabkan kehamilan mereka menghadapi masalah.

Wanita hamil yang menghidap fibroid memerlukan pengawasan berkala. Perkara ini penting untuk memastikan pembesaran janin berlaku dengan baik. Ia juga untuk membantu ibu supaya tidak mengalami keguguran dan kesakitan semasa hamil serta menghindari kelahiran bayi pramatang. Ibu juga berpeluang mempunyai cara terbaik bagi kelahiran bayinya dan tidak mengalami perdarahan yang teruk selepas kelahiran bayi.

Apabila wanita hamil dan menghidap fibroid, beberapa masalah mungkin berlaku. Antaranya termasuklah kehamilan itu berisiko untuk mengalami keguguran, meningkatnya risiko untuk kelahiran pramatang, pembesaran fibroid, kelahiran yang tidak normal dan mengalami perdarahan yang banyak selepas melahirkan bayi.

KEGUGURAN

Hal ini berlaku disebabkan oleh kesan fibroid jenis submukosa yang membesar di dalam kaviti (rongga) rahim. Apabila pembesaran berlaku, fibroid ini akan menyebabkan lapisan rahim, iaitu bahagian bagi penempelan janin menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang mencukupi untuk tumbesaran janin tersebut. Selain itu, fibroid juga akan menyebabkan inflamasi di lapisan penempelan dan mengakibatkan janin tidak dapat menempel dengan baik dan hal ini akan menyebabkan keguguran.

KELAHIRAN PRAMATANG

Keadaan ini berlaku kerana fibroid yang makin membesar semasa janin dalam kandungan membesar akan menyebabkan rahim membesar pada masa yang sama. Keadaan ini lebih kerap berlaku bagi fibroid yang berada di bahagian bawah rahim yang pada masa yang sama boleh menekan kepala bayi yang belum matang. Keadaan ini boleh menyebabkan wanita tersebut mengalami kontraksi (kesakitan bersalin) lebih awal sebelum waktu yang sepatutnya.

PEMBESARAN FIBROID

Ketika hamil, kebanyakan hormon akan dihasilkan oleh uri (plasenta) dan kebiasaannya menyebabkan peningkatan aras hormon estrogen. Peningkatan aras hormon estrogen yang tinggi akan menyebabkan pembesaran fibroid yang mungkin secara mendadak.

Jika pembesaran fibroid berlaku terlalu cepat, salur darah yang membekalkan nutrien kepada fibroid mungkin tidak boleh membekalkan oksigen yang mencukupi kepada tisu fibroid.

Jadi, sebahagian fibroid yang tidak mendapat bekalan darah akan mengalami degenerasi atau dikenal sebagai 'degenerasi merah' (red degeneration).

Proses degenerasi ini akan menyebabkan wanita yang sedang hamil mengalami kesakitan. Biasanya, kesakitan ini akan hilang dalam jangka masa yang pendek tanpa rawatan dan tidak akan mendatangkan masalah kepada kandungan.

Bagi wanita yang tidak dapat menahan kesakitan, mereka boleh diberikan ubat penahan sakit jika perlu.

KELAHIRAN YANG TIDAK NORMAL

Kelahiran normal terganggu jika fibroid berada pada bahagian bawah rahim. Bentuk rahim juga mungkin akan berubah disebabkan kewujudan fibroid. Hal ini akan meningkatkan risiko kedudukan bayi tidak normal seperti melintang atau songsang.
Bayi yang berada dalam keadaan melintang atau songsang terpaksa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean. Wanita yang mempunyai masalah sebegini akan diberikan tarikh tertentu bagi pembedahan Caesarean secara terancang.

PENDARAHAN YANG BANYAK SELEPAS MELAHIRKAN BAYI

Rahim akan mengalami masalah untuk mengecut. Keadaan ini merupakan salah satu penyebab utama tumpahan darah selepas bersalin. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pakar perbidanan akan memberikan suntikan ubat yang kuat untuk memastikan rahim tersebut dapat mengecut.

RAWATAN FIBROID KETIKA HAMIL


Bagi wanita hamil, doktor hanya akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Ubat penahan sakit selalunya diberikan dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui pembedahan caesarean, sebarang pembedahan membuang fibroid (miomektomi) tidak dilakukan pada masa yang sama.

Perdarahan yang banyak ini mungkin agak sukar dikawal. Keadaan ini berlaku kerana ada saluran darah yang agak banyak dan besar di bahagian rahim ketika hamil berbanding sewaktu tidak hamil.
Pembedahan hanya boleh dilakukan selepas ibu melahirkan anaknya, sekiranya fibroid tersebut berbahaya jika tidak dibuang. Oleh itu, lazimnya saiz fibroid akan diawasi lagi selepas tempoh pantang apabila aras hormon kembali normal.

Sumber: Utusan Online

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Oleh kerana penyakit  Fibroid berkait rapat dengan penyakit puan seperti kemandulan, haid tidak teratur, keguguran, rahim tidak kuat keputihan dan senggugut, maka jika anda datang ke Pusat perubatan Holistik dan Alternatif  untuk membuat rawatan anda dikehendaki menceritakan sejarah penyakit anda semenjak anda remaja sehingga anda disahlkan mengidap penyakit endometriosis.

Ini amat penting, kerana kami  memerlukan maklumat yang tepat supaya kami dapat membuat ubat yang mampu merawat penyakit lama, penyakit yang sedang anda hidapi mahupun penyakit yang mendatang.

Antara keistimewaan Perubatan elektronik ialah ia mampu mengesan penyakit lama dan penyakit baru yang anda hidapi.

Oleh itu, ketika anda mendapat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, kami bukan sahaja berusaha merawat penyakit Fibroid yang anda hidapi, malahan kami juga akan membekalkan ubatan berbentuk tablet kunyah yang dipancarkan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik  berpotensi tinggi dan 25,000 kali ganda lebih halus dari darah manusia sehingga mampu merawat punca penyakit endometriosis seperti senggugut, haid tidak teratur, keputihan dan kesuburan.

Antara sebab kami mengambil specimen anda seperti darah, rambut, air liur dan urin ialah bertujuan penawar gelombang elektromagnetik dapat menembusi saluran rahim yang tersumbat sehingga oksigen benar-benar dapat dibekalkan ke kawasan rahim dan ovari.

Apabila kawasan rahim dan ovari menerima oksigen secukupnya, organ tersebut akan berfungsi seperti sediakala dan segala tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium dapat disingkirkan sehingga kitaran haid menjadi normal.

Apabila kitaran haid seseorang itu normal, maka lama-kelamaan penyakit  fibroid akan mengecut  akan menuju ke arah penyembuhan.

Anda dikehendaki membuat rawatan susulan 6 hinga 8 bulan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, kerana setiap kali anda datang membuat rawatan, kami memerlukan specimen terbaru anda.


Untuk rawatan online berkaitan sakit puan sila klik di sini.

Isnin, 24 Oktober 2011

RUNGKAI MISTERI KESIHATAN MANUSIA



Oleh KARIM HERCUS

Kanser atau barah merupakan salah satu punca utama kematian manusia yang dihidapi oleh berjuta-juta individu di serata dunia. Lebih kurang 7.5 juta pesakit meninggal dunia akibat kanser setiap tahun. Gambaran ini lebih suram sekiranya kita mempertimbangkan bahawa menjelang 2030, kanser dijangka menyebabkan kira-kira 12 juta kematian setiap tahun.

Di Malaysia, kanser dilaporkan sebagai punca kematian awal ketiga paling utama di kalangan masyarakat negara ini, dan kajian menunjukkan bahawa 10 peratus daripada penduduk terdedah kepada ancaman kanser sebelum mencecah usia 75 tahun.

Namun begitu, masih terdapat sinar harapan di sebalik statistik yang membimbangkan ini.

Bidang yang dinamakan genomik (pengajian genom) menjadi kunci kepada usaha untuk mengesan penyakit ini di peringkat awal, menghasilkan prognosis dan diagnosis yang boleh mengubah kehidupan penghidap kanser. Matlamat utama sudah tentunya untuk mencari 'penawar' kepada penyakit yang membawa maut ini. Apa yang diperlukan hari ini adalah pendekatan berkesan untuk mengenal pasti individu yang lebih cenderung menghidap kanser.
Apakah sebenarnya genomik? Untuk menjawab soalan ini, pertamanya kita perlu memahami bahawa semua sel hidup mengandungi DNA. DNA ialah singkatan bagi Asid Deoksiribonukleik (DeoxyriboNucleic Acid) yang menyimpan semua maklumat genetik sesuatu organisma yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak mereka. Secara ringkas, genomik adalah rangka genetik bagi semua jenis hidupan. DNA turut mengandungi bahagian yang menentukan rupa dan fungsi kita - segmen ini dipanggil gen. Kita mewarisi gen daripada kedua ibu bapa, dan gen ini menentukan ciri yang diwarisi - termasuk warna mata, jenis darah dan sama ada kita boleh menggulung lidah atau tidak.
.
Bilangan gen berbeza dari satu organisma ke organisma yang lain. Manusia mempunyai lebih kurang 25,000 gen, iaitu sama dengan jumlah gen yang terdapat dalam tikus, manakala jagung pula mempunyai kira-kira 32,000 gen. Jumlah gen di dalam organisma tidak semestinya berkaitan dengan saiz atau kompleksnya organisma tersebut.

Himpunan semua gen di dalam organisma dinamakan 'genom'. Seperti gen, saiz genom berbeza dari satu organisma ke organisma yang lain. Saiz genom manusia adalah kira-kira 3Gb dan saiz genom pokok kelapa sawit adalah lebih kurang 1.8Gb, namun ia amat kecil berbanding genom ameba yang bersaiz 290Gb.

Secara umumnya, genomik ditakrifkan sebagai kajian dan analisis mengenai genom. Bidang ini telah muncul sebagai salah satu cabang yang paling penting di dalam biologi dan sains hayat. Saiz dan kandungan genom sesuatu organisma menjadi tumpuan para saintis dan penyelidik di seluruh dunia. Kemajuan pesat bidang genomik telah membuka beberapa bidang kajian menarik untuk diterokai daripada pertanian dan kepelbagaian biologi sehinggalah ke bidang penjagaan kesihatan dan penghasilan ubat-ubatan.
.
Genomik kini memainkan peranan yang semakin penting di dalam bidang penyelidikan perubatan. Para penyelidik dan pakar genetik telah berjaya memetakan gen manusia melalui jujukan DNA, yang seterusnya mendorong pelaksanaan Projek Genom Manusia. Projek mercu jaya ini membolehkan pakar genetik membezakan dan mengasingkan gen yang sangat penting kepada proses biologi. Sebab itulah genomik kini memainkan peranan yang semakin penting dalam usaha memerangi kanser.

Penyelidik perubatan boleh mengekstrak sel tumor, menentukan jujukan genom dan mengenalpasti punca sel tersebut menjadi sel kanser. Ini dilakukan menerusi sains biomaklumat - iaitu gabungan teknologi maklumat dan biologi - yang merujuk kepada tafsiran jujukan DNA menggunakan perisian komputer khas dan algoritma matematik.

GENOMIK RUNGKAI MISTERI KESIHATAN MANUSIA

Menurut satu laporan, satu daripada setiap 20 kes barah dikaitkan dengan gen keturunan. Keupayaan untuk meramalkan dan mengenal pasti barah di peringkat awal adalah amat penting untuk meningkatkan kadar menentang dan mengatasi kanser. Genomik dan biomaklumat dapat memberikan maklumat penting dalam soal ini. Dengan mengkaji genom pesakit kanser dan individu yang sihat, pada suatu hari nanti para pengamal perubatan akan dapat memeriksa sebarang mutasi yang mungkin berlaku di dalam setiap orang, membolehkan penyakit dikesan di peringkat yang sangat awal.

Kini beberapa syarikat dalam sektor biomaklumat menghasilkan perisian dan kaedah untuk membantu para penyelidik memahami sepenuhnya kanser dan cara penyakit ini merebak. Malah, tidak mustahil penawar bagi penyakit yang membawa maut ini akan ditemui. Bidang genomik bakal merintis jalan ke arah penyelesaian yang dicari-cari selama ini.

(RUJUKAN: Mingguan Malaysia)

Untuk rawatan secara online berkaitan DNA sila klik di sini.

Selasa, 30 Mac 2010

KEBURUKAN AYAM DAGING


1. Kajian menunjukkan bahawa 92 % penternak ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam. Mereka ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10%, harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.

2. Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan sesuka hati menaikkan harga anak ayam tanpa sebarang sebab.

3. Pengeluar makananlah yang selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.

4. Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah kerana tersepit di antara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.

5. Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya. Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon gemuk agar ianya 'kelihatan' subur , gemuk dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar.

Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.

6. Ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.

7. Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon gemuk yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan. Kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh. Dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser.

Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu.

Begitu juga kulit ayam. Ia boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun. Pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya. Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat.

Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak. Selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein. Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.

FAKTA SEL KANSER

1. Setiap orang memiliki sel kanser dalam badan. Sel-sel kanser ini tidak dapat dikesan dalam ujian-ujian biasa makmal patologi sehinggalah mereka telah membahagi menjadi beberapa billion. Apabila doktor mengatakan tidak ada lagi sel kanser di dalam badan selepas rawatan kepada pesakit kanser, ia hanya bermaksud bahawa ujian-ujian tidak dapat mengesan kehadiran sel-sel kanser kerana mereka belum lagi mencapai saiz yang dapat dikesan.

2. Sel-sel kanser wujud antara 6 kepada lebih 10 kali dalam hidup seseorang sepanjang hayatnya.

3. Bila sistem imun seseorang itu kuat, sel-sel kanser akan dimusnahkan dan dicegah dari melipatganda menjadi ketumbuhan.

4. Bila seseorang memiliki sel kanser, ini bermakna bahawa ia memiliki kekurangan nitrisyen yang teruk.

5. Untuk menyelesaikan kekurangan nutrisyen ‘multiple’, menukar diet dan menambah suplemen akan menguatkan sistem imun.

6. Kemoterapi melibatkan kaedah meracun sel-sel kanser yang cepat membesar dan pada yang sama membunuh sel-sel sihat yang cepat membesar di dalam sum-sum tulang, trek usus, testis, umbi rambur dan sebagainya, sehingga mengakibatkan kerosakan organ seperti hati, buah pinggang, jantung, peparu dan lain-lain.

7. Radiasi pula semasa membunuh sel-sel kanser, pada masa yang sama turut membakar, merosakkan dan mengakibatkan parut pada sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ yang sihat.

8. Diperingkat awal rawatan, kemoterapi dan radiasi selalunya mengecilkan saiz ketumbuhan. Bagaimanapun penggunaan berpanjangan tidak menghasilkan pemusnahan ketumbuhan.

9. Apabila badan menerima bebanan toksin berlebihan daripada kemoterapi dan radiasi, sistem imun akan samada menjadi terkompromi ataupun rosak sama sekali. Oleh demikian seseorang akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan komplikasi.

10. Kemoterapi dan radiasi menyebabkan sel-sel kanser bermutasi dan menjadi kebal dan amat sukar dibunuh. Pembedahan pula mendedahkan kemungkinan sel-sel kanser berjelera ketempat lain.

11. Cara berkesan memerangi kanser ialah membiarkan sel-sel kanser berlapar dengan tidak membekalkan makanan untuk ia membiak.

12. Protin daging sukar dihadam dan memerlukan banyak enzim penghadaman. Daging yang tidak hadam yang tinggal berbaki dalam usus bertukar mengakibatkan pengumpulan lebih banyak toksin.

13. Dinding sel-sel kanser memiliki lapisan protin yang kukuh. Dengan mengelakkan makan atau mengurangkan makan daging, keadaan akan menjadi kaya dengan enzim-enzim yang mampu menyerang dinding protin sel-sel kanser bagi membolehkan ‘sel-sel pembunuh’ badan memusnahkan sel-sel kanser.

14. Sesetengah suplemen (makanan tambahan) membina sistem imuniti (antioksidan, galian, vitamin, asid lemak essential dll) bagi membolehkan ‘sel-sel pembunuh’ badan membunuh sel-sel kanser.

15. Kanser adalah satu penyakit minda, badan dan rohani. Semangat proaktif dan positif akan membantu pahlawan kanser menjadi pemenang. Sifat marah, tidak pengampun dan merajuk menjadikan badan bertukar kesuasana persekitaran yang terlalu tertekan (stress) dan asidik. Belajarlah menjadi penyayang dan pemaaf, bertukarlah kepada seorang yang tenang, relaks dan manfaatkan dalam hidup ini.

16. Sel-sel kanser tidak dapat keselesaan dalam persekitaran yang banyak oksigen. Riadhah harian dan mengamalkan pernafasan secara dalam membantu membekalkan lebih oksigen ke tahap sel (selular).