INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 5 April 2010

ATHEROSCLEROSIS


Atherosclerosis ialah sejenis penyakit dimana penyempitan berlaku di saluran darah akibat oleh pengumpulan lemak. Kita sedia maklum bahawa jantung merupakan organ yang bertugas untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien untuk di sebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel dalam badan berfungsi dengan sempurnanya. Jika otot jantung tidak dapat menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, ini akan menyebabkan radangan berlaku dan sekaligus seseorang itu akan diserang penyakit jantung.

Bagi denyutan jantung yang normal adalah diantara 80-90 denyutan seminit. Namun sebaliknya berlaku jika seseorang itu menghidap Atherosclerosis, denyutannya lebih cepat sekiranya penghidap melakukan aktiviti lasak dan senaman serta ketika berada dalam keadaan tertekan. Pada kebiasaanya penyakit Atherosclerosis di kaitkan dengan masalah pemakanan yang tidak seimbang. Oleh itu, anda digalakkan mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakan penyakit ini menyerang.

Faktor

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada penyakit ini adalah seperti yang berikut:-
-Keturunan
-Penghisap rokok
-Tekanan darah tinggi
-Kolesterol tinggi


Tanda-tanda


Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit Atherosclerosis adalah seperti kenyataan dibawah ini:-

-Nafas atau dada menjadi sesak.
-Mengalami masalah penghadaman dan sering sakit perut.
-Sering merasa tidak selesa pada badan dan kerap berpeluh.
-Mengalami pening kepala dan kadangkala pitam.
-Degupan jantung menjadi lebih cepat.
-Muka kelihatan pucat dan badan lemah atau letih.


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Antara perkara yang baik dilakukan untuk mengelakkan dari penyakit Atherosclerosis ialah melalui pencegahan awal bagi mengelakan penyakit ini menyerang kita. Antara langkah pencegahan yang patut dilakukan ialah:-

-Berhenti atau meghindarkan diri dari menghisap rokok
-Jauhkan diri dari asap rokok kerana asap rokok juga boleh menyebabkan penyakit ini.
-Amalkan diet yang seimbang seperti memakan makanan yang mengandungi kolesterol dengan kadar yang rendah.

Jika anda disahkan mengidap penyakit atherosclerosis, kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai penawar gelombang elektromagnetik Anti Atherosclerosis yang mampu membersihkan saluran darah dan menyingkirkan lemak yang terkumpul sehingga saluran darah kembali normal dan lancar.

Kami juga akan membekalkan ubat yang mampu memperbaiki fungsi jantung dan fungsi organ dalaman seperti hati, buah pinggang, paru-paru, pangkreas dan usus.

Anda dikehendaki memberikan DNA anda seperti rambut, darah, air liur dan urin supaya pihak kami dapat mengkodkan DNA anda dan gelombang penyakit yang ada di DNA dapat dimusnahkan serta kerosakan DNA dapat diperbaiki secara semulajadi.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik sangat sesuai bagi mereka yang menghidap atherosclerosis, thrombosis, kolesterol berlebihan dan penyakit berkaitan darah.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.