INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 12 Mei 2010

KANSER HIDUNG


Apakah hidung anda sering berdarah? Jika ya, anda berkemungkinan mengalami masalah barah hidung atau 'nasopharyngeal carcinoma' (NPC) yang kerap kali sukar dikesan kerana kedudukannya yang jauh di belakang hidung.

Malah, lazimnya, pesakit hanya dikesan mengidap NPC apabila mendapatkan rawatan akibat masalah kesihatan lain seperti hidung berdarah atau bengkak pada kelenjar di leher. Namun, malang sekali apabila mereka disahkan menghidap NPC pada tahap ketiga.Barah hidung adalah penyakit yang paling lazim dikesan dihidapi kalangan warga Malaysia. Malah di peringkat global, kaum Bidayuh yang menjadi antara etnik utama Sarawak, terbukti menjadi bangsa paling tinggi dikesan menghidap barah hidung. Di Semenanjung Malaysia, mereka yang berketurunan Cina dan Melayu lebih kerap didiagnos dengan barah hidung. Masyarakat India, bagaimanapun, amat jarang dikesan mengalami masalah ini.

Barah hidung adalah ketumbuhan yang wujud di nasopharynx iaitu bahagian yang terletak di belakang hidung dan di atas bahagian belakang tekak. Pada peringkat awal, barah hidung memang sukar dikesan kerana bahagian nasopharnyx sukar untuk diperiksa. Lebih sukar lagi, simptom penyakit itu juga menyerupai gejala masalah kesihatan lain.
.
Ada kalanya juga, pesakit percaya hidung yang berdarah disebabkan suhu badan terlalu panas. Ini menyebabkan mereka tidak berjumpa doktor kerana menganggap masalah itu kecil dan boleh sembuh dengan sendiri.Bagaimanapun, hidung berdarah hanya satu daripada simptom barah hidung. Lebih membimbangkan, simptom itu ada kalanya menunjukkan barah berkenaan sudah pun berada di tahap akhir. Di negara Asia Tenggara, NPC mencatatkan antara 5 hingga 15 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala di China, terutama di Selatan China, Taiwan dan Hong Kong mencatat 30 kes bagi nisbah jumlah penduduk yang sama.

SIMPTOM DAN FAKTOR RISIKO
.
Pada peringkat awal, NPC tidak menyebabkan sebarang simptom. Bagaimanapun apabila barah itu merebak ke tahap seterusnya, beberapa simptom mula kelihatan. Katanya, ada beberapa faktor risiko yang dikaitkan dengan serangan NPC. Antaranya jantina. Lelaki berhadapan dengan risiko NPC 2 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita. Manakala orang Asia dan Utara Afrika lebih banyak dikesan menghidap NPC. Satu lagi faktor risiko yang dikaitkan dengan NPC adalah makanan yang diawet dengan kandungan garam yang tinggi, misalnya ikan, itik atau sayur-sayuran. Selain itu virus Epstein-Barr, virus paling biasa ditemui pada manusia dan hidup di sekitar hidung. Virus ini dikaitkan dengan beberapa jenis barah.

TAHAB BARAH NPC
.
Barah NPC tahap 1 bermaksud, barah masih berada dalam hidung. Barah NPC tahap 2 dan 3, ketumbuhan semakin besar dan sudah merebak ke bahagian. NPC tahap akhir, barah masuk jauh ke paru paru, tulang atau hati. Kerana simptom awal NPC kerap dianggap masalah biasa, kebanyakan pesakit datang ketika sudah berada di tahap kedua dan ketiga. Mengikut statistik, hampir 54% dikesan dengan NPC selepas mendapatkan rawatan bengkak di leher, 25% ketika berlaku pendarahan pada hidung, 18% kerana masalah kurang pendengaran pada sebelah telinga, 13% kerana menjadi juling dan 12% terasa telinga berdengung.

SIMPTOM AWAL
.
1. Hidung berdarah, bukan pendarahan yang teruk tetapi kesan darah.
2. Salah satu telinga berdengung.
3. Salah satu hidung tersumbat dan tidak boleh bernafas dengan betul.

SIMPTOM LEWAT
.
1. Bengkak pada leher.
2. Mata juling - barah sudah memasuki bawah otak dan menyerang saraf otak yang mengawal pergerakan mata.
3. Sakit kepala yang kronik.
4. Sakit pada tulang kaki atau belakang (tahap empat).

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
.Jika anda disahkan mengidap'nasopharyngeal carcinoma' (NPC) dan ingin membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, anda dikehendaki memberikan sample DNA anda seperti darah, air liur, rambut dan urin supaya Perubatan Holistik dapat memusnahkan sel-sel kanser yang menyerang pangkal hidung. Disamping itu, anda juga digalakkan membawa laporan perubatan anda supaya memudahkan kami mencari kod-kod penawar untuk meng'antidot'kan kod-kod perosak yang ada di saraf hidung anda.

Rawatan di Pusat Perubatan Holistik sangat sesuai untuk mereka yang mengidap kanser kerana antara keistimewaan Perubatan Holistik ialah ia mengandungi pelbagai kod dan penawar gelombang elektromagnetik yang mampu mencari akar umbi sel-sel kanser dan seterusnya berusaha memusnahkan gelombang asal kanser yang berada di dalam tubuh pengidap kanser.

Apabila gelombang asal kanser sudah dimusnahkan nescaya maka, kanser berbentuk jisim juga turut termusnah dan pesakit akan menuju ke arah penyembuhan. Anda juga dikehendaki mengamalkan perubatan elektronik selama tiga hingga enam bulan sehingga sel-sel kanser dapat dimusnahkan secara menyeluruh.

Ini berbeza jika anda melakukan pembedahan. Di mana, ketumbuhan kanser dapat dibuang, namun akar umbi kanser masih lagi berada di tubuh pesakit. Rawatan kemoterapi juga bertujuan memusnahkan sel-sel kanser, namun sel baik dan antibodi juga turut terjejas.

Perubatan Holistik laksana scanner yang mampu memusnahkan sel-sel kanser dan mampu mengenalpasti antibodi dan imun sistem. Hanya sel-sel kanser sahaja akan dimusnahkan, manakala antibodi dan imun sistem akan diperbaiki sehingga tubuh pesakit kanser dapat menyahkan sel-sel jahat secara semulajadi. Ini kerana segala ubatan yang dibekalkan sudah kami programkan supaya dapat mengenalpasti imun sistem atau kuman-kuman perosak.

Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai bagi mereka yang mengidap kanser atau pelbagai penyakit lain.

Untuk rawatan secara online berkaitan penyakit hidung atau resdung sila klik di sini.