INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 27 September 2010

BEGUK

Beguk adalah penyakit yang disebabkan jangkitan dan biasanya merebak melalui air liur. Ia boleh menjangkiti lain-lain bahagian badan, terutama kelenjar liur parotid. Kelenjar ini menghasilkan air liur dan terletak di belakang kedua-dua belah pipi - antara telinga dan rahang. Apabila seseorang mendapat beguk, kelenjar ini membengkak dan sakit.

Beguk juga merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit manakala virusakan merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

TANDA DAN GEJALA BEGUK

Biasanya gejala beguk muncul dalam minggu pertama selepas kelenjar membengkak atau 16 hingga 18 hari selepas jangkitan. Antara gejala utama beguk ialah:
# Demam panas(sehingga 39.4° Celsius).
# Leher menjadi tegang.
# Sakit kepala.
# Hilang selera makan.
# Mual dan muntah.
# Sawan dan lain-lain gejala membabitkan otak.
# Bengkak dan sakit pada kelenjar parotid, menyebabkan pipi kanak-kanak kembung seolah-olah menyimpan makanan di dalam mulut. Kelenjar ini biasanya bengkak selama 1 hingga 3 hari.
# Kesakitan bertambah teruk apabila pesakit mengunyah, menelan, bercakap atau minum jus berasid (seperti jus oren).
# Kedua-dua kelenjar parotid (kiri dan kanan) boleh dijangkiti secara bergilir-gilir.

Beguk boleh menyebabkan keradangan dan bengkak pada organ lain termasuk otak, walaupun ia jarang berlaku. Keradangan otak (ensefalitis) dan keradangan selaput otak serta saraf tunjang akibat beguk juga jarang terjadi.Pada remaja dan orang dewasa, beguk mungkin menyebabkan keradangan pada buah zakar (orkitis). Biasanya hanya sebelah buah zakar yang bengkak dan sakit selama tujuh 7 hingga 10 hari selepas kelenjar parotid membengkak.
.
Biasanya beguk pada orang dewasa diiringi demam panas, menggigil, sakit kepala, loya, muntah dan yang sering disalah anggap sebagai masalah apendiks (apendisitis) jika buah zakar sebelah kanan yang dijangkiti. Selepas 3 hingga 7 hari, kesakitan dan bengkak pada buah zakar berkurang. Pada masa ini demam juga mulai kebah. Dalam sesetengah kes, kedua-dua buah zakar membengkak.

Bagaimana Beguk MerebakVirus beguk mudah merebak dan berpindah kepada orang lain melalui percikan cecair dari mulut dan hidung individu yang dijangkiti.Ia boleh tersebar melalui batuk, bersin atau ketika ketawa. Virus ini juga boleh merebak melalui sentuhan langsung seperti mengutip tisu atau menggunakan gelas yang digunakan individu dijangkiti.Tempoh paling mudah berjangkit ialah 2 hari sebelum gejala muncul kepada 6 hari selepas semua gejala berakhir.

ADAKAH IA SATU PENYAKIT BIASA
.
Walaupun semua orang yang dijangkiti biasanya akan pulih sepenuhnya, kadang-kadang komplikasi juga boleh berlaku seperti:

1. Encephalitis(Pembengkakan pada otak).
2. Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak).
3. Pancreatitis( Pembengkakan pada Pankreas).
4. Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa.
5. Pekak.

RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN  HOLISTIK

Jika anda mengalami beguk atau penyakit berkaitan leher dan tekak seperti tirod atau tonsil, kami di Kumpulan Perubatan Holistik mampu membantu anda merawat penyakit anda hadapi dengan menagmbil sample DNA anda seperti rambut, air liur, urin dan darah supaya Perubatan Holistik mampu memperbaiki susunan DNA anda.
.
Biasanya, kami akan membekalkan anda ubatan yang telah dikodkan dengan ribuan gelombang elektromagnetik yang mampu menangani sebarang jenis keadaan kritikal penyakit, semua jenis ketidakseimbangan dan kekurangan, mampu membantu mencegah serta melindungi sebelum sesuatu simptom penyakit itu muncul.

Disamping itu, kami akan membekalkan krim yang perlu disapu dibahagian leher bertujuan mengurangkan bengkak yang ada.

Anda dikehendaki mengamalkan Perubatan Holistik selama tiga hingga empat bulan atau sehingga penyakit yang anda alami benar-benar pulih seperti sediakala.

Biasanya, beguk berpunca dari permakanan yang tidak seimbang dan kekurangan air di dalam badan. Oleh itu, anda dikehendaki meminum air sebanyak mungkin sehingga bibir anda menjadi lembab.

Antara keistimewaan Perubatan Holistik ialah ia mampu memperbaiki kerosakan DNA seorang pesakit dan mampu memperbaiki sistem saraf yang lemah lebih-lebih lagi saraf di bahagian kelenjar leher sehingga segala anasir jahat dapat dinyahkan melalui sistem perkumuhan tubuh.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.