INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 24 September 2010

KETIDAKMAMPUAN MEMBUANG AIR KENCING



Ketidakmampuan Membuang air kencing adalah bermaksud kebocoran atau kehilangan air kencing di luar kawalan seseorang itu. Ia di sebabkan kerosakan dasar pelvis ketika bersalin atau kerosakan sistem saraf di bahagian pundi kencing.

Ia juga boleh berlaku pada kaum lelaki yang pernah menjalani pembedahan dan mengalami kehilangan fungsi sfinkter uretra.

Ketidakmampuan yang disebabkan limpahan adalah dikaitkan dengan peningkatan isipadu saki baki air kencing (disebabkan oleh penyumbatan saluran pundi kencing) dan gangguan pada keupayaan pada pundi kencing untuk mengecut (yang menyebabkan inkontinens).

Biasanya, kesemua keadaan Inkontinens Urin adalah datangnya daripada kelemahan pada buah pinggang dan tenaga Pundi kencing urin dan sistem Qi.

PUNCA KENCING TIDAK TERKAWAL

1. JANGKITAN PUNDI KENCING
Tanda-tanda penyakit seperti sakit untuk kencing, acap kali ke bilik air dan juga mungkin kehadiran darah di dalam air kencing. Infeksi pundi kencing dan juga uretra lazim berlaku pada wanita kerana struktur anatominya. Jangan bimbang, mereka ini mudah dirawati.

2. KETEGUHAN TISU-TISU PENYOKONG ORGAN PINGGUL
Ini mungkin kerana faktor usia, kelahiran anak yang ramai dan juga mungkin kerana proses kelahiran itu sendiri, lambat laun akan melemahkan tisu-tisu penyokong di pinggul. Ini menyebabkan gangguan terhadap anatomi yang tidak selari.

3. KEABNORMALAN SISTEM SALURAN KENCINGMungkin kerana kehadiran fistula iaitu pembukaan abnormal dari sistem kencing ke dalam faraj. Ini berlaku mungkin kerana pembedahan pelvik, proses kelahiran, rawatan radiasi, kanser di pinggul dan sistem perkumuhan air kencing.

4. PERMASALAHAN NEUROMUSKULARBerlaku apabila isyarat dari otak dan korda spinal tidak berhubungan dengan organ-organ pundi kencing dan uretra. Keadaan seperti kencing manis dan strok merupakan contoh yang biasa berlaku.

5. PENGGUNAAN UBAT-UBATN TERTENTU (BERASASKAN DADAH ATAU STREOID)Ubat diuretik yang digunakan seperti dalam perawatan sakit jantung ataupun darah tinggi menyebabkan isipadu air kencing bertambah dengan cepat.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF


Jika anda mengalami kencing tidak terkawal, anda boleh membuat rawatn di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif. Di mana, kami perlu mengambil sample DNA anda seperti rambut dan air liur. supaya pihak kami dapat memperbaiki kerosakan dan ketidakteraturan DNA anda menjadi aktif dan tersusun secara digital.


Sample DNA yang sudah diperbaiki akan ditransferkan ke dalam ubat untuk dimakan 3 kali sehari dalam tempoh sebulan. Disamping itu, kami juga akan membekalkan ubatan yang dipancarkan dengan gelombang elektromagnetik seperti:

a. Genetic Cleansing, yang mampu membantu merawat dan membersihkan penyakit keturunan atau penyakit jangkitan.
b. Combined Organs, yang mampu memperbaiki fungsi organ dalaman termasuk buah pinggang dan pundi kencing.
c. Broad sprectrum, yang mampu memperbaiki imun system dan saraf bahagian buah pinggang serta pundi kencing.
d. DNA, yang mampu memperbaiki kerosakan DNA sehingga tersusun secara digital.

Untuk rawatan secara online berkaitan buah pinggang sila klik di sini.