INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 1 Mac 2011

NEPHROTIC SYNDROME

Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.
.
Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ia dikenali sebagai PROTEINURIA yang boleh menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

Penyakit neprotic syndrom juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang yang mengalami kebocoran. Tanda-tanda yang paling ketara untuk mengetahui bahawa seseorang itu mengidap penyakit ini ialah tubuh badannya akan mengalami bengkak seperti sembab. Ini adalah tanda yang paling ketara. Berlakunya bengkak ini disebabkan buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik dan air kencing tidak dapat keluar seperti biasa.
.
Tanda lain ialah di dalam air kencing mengandungi kandungan protein. Tanda air kencing mengandungi protein ialah ia akan berbuih seperti sabun. Buihnya banyak sangat.
.
Apabila protein kelua melalui air kencing, maka kandungan protein akan berkurang di dalam badan. Ini akan mendatangkan beberapa masalah seperti darah akan menjadi beku dan akan mudah dijangkiti penyakit.
.
Apabila protein berkurangan, maka hati akan mengeluarkan protein bagi menampung kekurangan protein dalam badan. Maka secara tidak langsung hati juga akan mengeluarkan kolestrol. Itulah sebabnya pengidap penyakit ini akan mempunyai kadar kolestrol yang tinggi dalam darah.

PENYEBAB
.Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

PATHOPHYSIOLOGY
Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA.
.
Kekurangan protein di dalam salur darah boleh menyebabkanair keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil edema atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.
.
GEJALA
.Biasanya, pengidap Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.

KOMPLIKASI
.
Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
.Antibodi badan akan menjadi lemah sehingga menyebabkan pesakit mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut. Manakala air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan juga boleh menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dan sebagainya.
.
Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
.
Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK
Nephrotic Syndrome merupakan penyakit yang menganggu penyaringan protein pada ginjal sehingga menyebabkan terjadinya kebocoran protein di ginjal. Biasanya, penyakit ini menyebabkan kurangnya protein di darah sehingga protein merembes ke urin.
.
Tidak ada rasa sakit yang ditimbulkan oleh penyakit ini. Ciri-cirinya dapat dilihat, adanya pembengkakan di beberapa bagian tubuh, seperti kaki, wajah, punggung dan lain-lain. Ciri lain adalah hiperkolesterolemia atau peningkatan kadar kolesterol dalam darah, gejala albuminuria (terdapatnya protein dalam air kemih), dan hipoalbuminemia (kadar protein albumin dalam darah rendah).
.
Jika anda atau salah seorang keluarga anda mengidap Nephritic Syndrome, kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai penawar yang mampu memperbaiki dan memperkuat fungsi buah pinggang sehingga dapat mengembalikan fungsi glomeruli seperti sediakala.
.
Ketika anda membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, glomeruli atau penapis halus yang telah bocor akan diperbaiki secara semulajadi dengan memakan ubatan yang telah dipancarkan dengan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik sehingga dapat menembusi sel-sel buah pinggang yang tidak dapat ditembusi oleh ubatan biasa.

Antara kod yang akan dipancarkan ke dalam ubat berbentuk tablet kunyah ialah:
.
1. Kod penawar Kidney, Arteries.
2. Kod penawar Kidney, Fibrous capsule.
3. Kod penawar Kidney, Glomerulus.
4. Kod penawar Kidney, Interstitial tissue, left.
5. Kod penawar Kidney, Interstitial tissue, right.
6. Kod penawar Kidney, left.
7. Kod penawar Kidney, right.
8. Kod penawar Lymphatic vessels.
9. Kod penawar Kidney, Mucous membrane.
10. Kod penawar Kidney, Muscle membrane.
11. Kod penawar Kidney, nerves.
12. Kod Penawar Nephritis, left.
13. Kod penawar Nephritis, right.
14. Kod penawar Renal calix.
15. Kod penawar Renal, calyx, small.
16. Kod penawar Renal, cirrhosis, left.
17. Kod penawar renal, cirrhosis, right.
18. Kod penawar Renal colic, left.
19. Kod penawar Renal colic, right.
20. Kod penawar Renal, pelvis.
21. Kod penawar Renal, coral calculus.
22. Kod penawar renal, embolism.
23. Kod penawar Renal hydatid, left.
24. Kod penawar Renal hydatic, right.
25. Kod penawar Renal hypofunction.
26. Kod penawar Renal infact, left.
27. Kod penawar Renal infact, right.
28. Kod penawar Renal insufficiency, left.
29. Kod penawar Renal insufficiency, right.
30. Kod penawar Renal pain (nephralgia).
31. Kod penawar Renal papilloma.
32. Kod penawar Renal parasites.
33. Kod penawar Renal pelvis, papillary infection.
34. Kod penawar Renal tuberculosis, left.
35. Kod penawar Renal tuberculosis, right.
36. Kod penawar Renal tubules.
37. Kod penawar Renicapsules.
38. Kod penawar Renicapsules, cortical substance.
39. Kod penawar Renicapsules, epithelial lining.
40. Kod penawar Renicapsules, glomerular.
41. Kod penawar renicapsules, glomerulus.
.
Dan ribuan penawar kod lain yang mampu memperbaiki imun sistem, antibodi, kerosakan DNA & RNA dan mampu meng’antidot’kan pelbagai gelombang negatif seperti gelombang pelbagai kuman dan gelombang jahat lain.

Kesimpulannya Perubatan Holistik sangat sesuai untuk penyakit Nephrotic Syndrome dan penyakit yang berkaitan buah pinggang.

Untuk rawatan secara online berkaitan buah pinggang sila klik di sini.