INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 5 Jun 2012

SCIATICA



Sciatica (siatika) adalah rasa sakit dan pedih yang menjalar dari punggung bawah hingga ke paha, betis, tumit dan telapak kaki baik di sebelah maupun kedua belah kaki. Rasa sakit tersebut boleh terasa seola-olah seperti di tusuk sesuatu atau terbakar.

Rasa sakit akan meningkat ketika anda duduk, batuk, bersin atau ketawa. Sebaliknya, berjalan dan gerakan yang meregangkan tulang punggung (seperti mengangkat bahu) mungkin mengurangkan rasa sakit.

PENYEBAB

Sciatica disebabkan oleh iritasi atau peradangan saraf sciatic, saraf terbesar dan terpanjang dalam tubuh yang menjalar dari punggung bawah melalui belakang sendi panggul dan bercabang hingga ke dua belah paha, betis, tumit dan telapak kaki. Saraf ini berperanan mengirimkan signal dari otak ke otot dan menyampaikan informasi penginderaan dari kedua kaki ke otak. Dengan adanya peradangan, fungsi ini sedikit banyak akan terganggu.

Peradangan saraf sciatic dapat disebabkan oleh berbagai kondisi, antara lain:

1   1. Bergesernya diskus tulang belakang sehingga keluar menempati ruang yang ditempati saraf dan menekannya.
2  2. Sindroma piriformis, terjadi ketika otot piriformis (otot kecil yang berada jauh di dalam punggung) menjadi kaku atau tegang sehingga menekan dan mengiritasi saraf sciatic.
3   3. Lumbar spinal stenosis, terjadi kerana penyempitan saluran spinalis pada daerah punggung bawah yang menekan saraf sciatic.
4  4. Spondilolistesis, terjadi kerana pergeseran salah satu ruas tulang punggung sehingga tidak lagi sejajar dengan yang di atasnya dan mempersempit lubang keluar saraf.

PENGIDAP SCIATICA

Setiap orang boleh mengidap sciatica. Biasanya, usia 30 sehingga 50 tahun adalah yang paling sering mengidap sciatica  kerana mereka lebih aktif dibandingkan kelompok usia yang lebih tua. Manakala mereka yang mengalami obesiti, orang yang sering duduk dengan jangka  waktu lama, pejalan kaki, pelari, atlet angkat berat  dan ibu mengandung juga mudah mengalaminya. Sciatica pada ibu yang mengandung umumnya terjadi di akhir kehamilan ketika rahim membesar dan menekan saraf sciatic.

KAKI MENJADI KEJANG

Kaki akan menjadi krem atau kejang apabila otot di kaki yang timbul mengalami penyumbatan atau gangguan saraf otot. Daerah yang paling sering menjadi kejang adalah otot betis di bawah dan belakang lutut.

Kejang kaki biasanya terjadi ketika kita sedang berehat atu mungkin sedang tidur. Orang tua lebih sering terkena kejang kaki daripada orang muda. Bahkan sesetengahnya terjadi hampir setiap hari.

PENYEBAB

Biasanya doktor tidak dapat mengenal pasti punca kekejangan kaki. Namun, biasanya kerana saraf di bahagian betis mulai terganggu atau seseorang itu telah mengidap sesuatu penyakit yang agak lama seperti kencing manis, darah tinggi, masalah buah pinggang dan gangguan saraf.

Pengambilan ubatan yang agak lama juga akan mengakibatkan kejang kaki seperti: diuretik, nifedipine, cimetidine, salbutamol, statins, terbutaline, lithium, clofibrate, penicillamine, phenothiazines dan nicotinic acid.

Antara lain punca kejang di kaki ialah:
1   1. Ketidakseimbangan zat garam dalam darah seperti kadar kalsium atau potasium yang terlalu rendah.
2    2. Kehamilan, terutama pada bulan-bulan akhir
3    3. Kelenjar tiroid yang kurang aktif
4    4. Penyempitan saluran arteri kaki
5    5. Gangguan saraf
6    6. Sirosis hati

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Jika anda mengalami sciatica, kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai ubat khusus gangguan saraf sciatia yang mampu membantu mengawal keseimbangan zat garam, kalsium mahupun kadar potasium di dalam darah.

Disamping itu, rawatan yang kami jalankan bukan hanya untuk penyakit sciatica semata-mata. Bahkan, kami juga akan membekalkan ubatan penyakit sedia ada yang anda hidapi seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, buah pinggang mahupun penyaki lain. Kerana ubatan hospital atau klinik yang anda ambil selama ini hanya mampu menahan penyakit anda sahaja dan sampai bilakah anda harus makan ubatan yang mengandungi dadah dan steroid yang mungkin akan menyebabkan kesan sampingan terutama kepada buah pinggang dan saraf tubuh.

Oleh itu, ubatan yang kami bekalkan tidak mengandungi dadah, steroid dan bahan kimia. Ia adalah tablet kunyah yang diperbuat dari glukos yang telah discan dan dipancarkan dengan ribuan penawar gelombang elektromagnetik yang sangat halus sehingga ia menembusi sel-sel yang tidak dapat ditembusi oleh ubatan dan herba biasa.

Ubatan yang dibekalkan laksana scaner yang bertindak menghantar tenaga penawar ke seluruh badan mengikut keperluan sel.

Apabila ia mendapati ada sel, tisu atau organ dalaman yang cedera, lemah atau tidak normal, maka penawar gelombang yang dibekalkan akan memberi isyarat dan berusaha untuk memperbaiki ketidakseimbangan tubuh badan tersebut secara semulajadi.

Natijahnya, ubatan yang kami bekalkan sangat sesuai untuk penyakit berkaitan saraf, kerosakan sel, imun sistem yang lemah dan antibodi yang menurun.

Bagi mereka yang mengidap sciatica di sini disarankan beberapa panduan asas:

1  1. Gunakan teknik mengangkat beban yang benar. Angkat dengan punggung anda lurus sehingga tumpuan badan tepat pada pinggul dan kaki, tempatkan benda dekat dengan dada anda. Gunakan teknik ini ketika mengangkat benda apa pun, seberat atau seringan apa pun.
2   2. Hindari/berhenti merokok kerana mempercepat degenerasi.
3  3. Bersenam secara teratur untuk menguatkan otot punggung dan perut yang berperanan mendukung tulang punggung anda.
4  4. Ambil posisi tubuh yang baik ketika duduk, berdiri dan tidur. Antara posisi yang baik ialah mengurangi tekanan pada punggung bawah.
5   5. Jangan duduk dalam jangka waktu lama. Selangi dengan berjalan kaki dan aktiviti lain.
6   6. Banyakkan meminum air mineral water sekurang-kurangnya seliter sehari.

      Untuk rawatan online berkaitan sciatica sila klik di sini.