INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 31 Disember 2012

DNA: UJIAN GENETIK YANG MENGUBAH HIDUP


DUNIA sekarang semakin canggih. Dengan darah yang kurang sesudu teh, saintis dapat mengesan lebih 2,500 jenis masalah kesihatan yang dialami, malah yang bakal datang satu hari nanti.

500 daripadanya mampu dirawat awal. Melalui sesudu teh darah itu juga, ujian genetik sudah dapat mengesan apa yang bakal dihadapi seorang bayi apabila dia meningkat dewasa. Saintis turut dapat memeriksa kesemua 21,000 genetik yang mengalami mutasi yang mampu meningkatkan risiko pelbagai penyakit.

Bayangkan, melalui ujian ringkas DNA, kita dapat mengetahui sama ada anak kita mempunyai risiko diabetes di masa depan lantas boleh mengawal diet anak-anak dari awal.

Jika mereka berisiko untuk menghidap asma yang kronik, langkah pencegahan seperti tidak membela haiwan atau menghindar pengambilan sebarang makanan yang boleh menjadi pencetus masalah tersebut.

Topik menarik mengenai ujian genetik baru yang mampu mendedahkan risiko-risiko penyakit yang bakal dihadapi seorang individu seawal usia bayi ini menghiasi muka depan majalah Time edisi 24 Disember lalu di bawah tajuk Want to Know My Future?

Di dalam artikel empat halaman di bawah segmen Kesihatan dan Genetik, penulisnya menyatakan pemeriksaan terhadap 23 genetik dapat mendedahkan rawatan kemoterapi yang mana tidak dapat mengubat bakal pesakit kanser payudara, pengetahuan yang turut dapat menyelamatkan sejumlah besar wang daripada dibazirkan untuk rawatan yang salah.

Pelbagai masalah kesihatan dapat dikecam awal sebelum ia muncul melalui pemeriksaan DNA, contohnya Alzheimer, diabetes, kanser, Parkinson, glukoma, dementia, epilepsi, fibroid, obesiti dan bermacam-macam lagi.

Harga

Harga ujian genetik iaitu pemetaan genom manusia ini hanya AS$7,500 dan dijangka semakin menurun. Diramalkan pada masa depan, ujian ini akan semudah menjalani ujian kehamilan di farmasi!

Ujian genetik dilakukan dengan memeriksa setiap genetik khusus (kromosom) bagi memastikan adakah sebarang masalah pada genetik tersebut.

Sesetengah penyakit berpunca daripada satu mutasi manakala yang lain melibatkan gabungan kompleks beberapa genetik dan faktor persekitaran.

Keburukan


Menentukan masa depan hanya dengan satu ujian ringkas? Bunyinya memang hebat! Namun, bukan semuanya indah belaka. Kadang-kala pengetahuan yang lebih tentang masa depan membuatkan kita tidak tenteram malah mungkin jadi gila.

Bayangkan jika ibu bapa mengetahui anak mereka mempunyai genetik ApoE4 yang berisiko tinggi untuk menghidapi Alzheimer. Mereka mungkin tidak membenarkan anak berkenaan aktif bersukan dan beriadah seperti kanak-kanak lain memandangkan kajian mengaitkan kecederaan otak berkemungkinan besar menyebabkan penyakit otak kepada mereka yang positif ApoE4.

Kanak-kanak tersebut akan kehilangan pengalaman berharga ketika membesar kerana terlalu takutkan sesuatu yang belum pasti.

Bila ibu bapa mengetahui anak-anak mereka bakal berdepan dengan kanser usus besar atau payudara, bagaimana perasaan mereka dan tekanan yang bakal dihadapi.

Bagaimana pula dengan nasib bayi yang dikesan pada mutasi genetiknya bakal menyebabkan dia mengalami dimentia seawal usia 40 tahun?

Dengan memaklumkan kepada ibu bapa dari awal pastinya membuatkan kanak-kanak tersebut tidak layak mendapatkan insurans diri untuk jangka masa panjang lalu menuntut sejumlah wang yang besar bagi merawatnya sendiri.

Malah sebenarnya, walaupun harga ujian genetik tidak terlalu mahal dan semakin menurun, pelbagai ujian lain yang akan dilakukan dan lebih kerap bagi memeriksa keseluruhan badan sebarang progres penyakit yang diramalkan, walaupun sebenarnya ia belum tentu akan muncul.

Cabaran timbul kepada para doktor pula. Sebanyak mana mereka perlu memaklumkan ibu bapa.

Maklumat mereka mungkin dapat menyelamatkan nyawa ramai pesakit dan mengurangkan kos perubatan, tetapi ia juga pada masa sama membebankan perasaan dan fikiran mereka.
Ada yang berpendapat segala maklumat daripada ujian genetik tersebut disimpan oleh hospital terlebih dahulu dan hanya didedahkan bila pesakit mencapai usia tertentu untuk melakukan langkah berjaga-jaga.

Namun sejauh manakah jaminan `rahsia’ itu dapat disimpan? Dalam hal ini, walaupun pengetahuan tentang masa depan boleh dianggap sebagai satu rahmat dan kelebihan untuk mengubah takdir, tetapi ia perlu dibayar dengan gangguan emosi yang dihadapi daripada itu.
Malah, pesakit yang terjebak dengan ujian genetik ini perlu bersiap-sedia sebarang kemungkinan berdepan dengan kehilangan daya atau nyawa dalam tempoh yang awal.

Sumber: utusanonline.com.my



RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF


Jika anda mengalami sebarang penyakit dan ingin membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, prosedur pertama yang kami perlu lakukan terhadap pesakit ialah dengan mengambil beberapa specimen DNA pesakit seperti air liur dan rambut. 

Kajian yang kami jalankan, sesuatu penyakit yang dihidapi seseorang itu berpunca dari kerosakan struktur DNA. Jika pihak sintis dapat mengenal sesuatu penyakit mendatang hanya dengan DNA, maka kami di Pusat perubatan Holistik dan Alternatif mampu memperbaiki kerosakan DNA dan mampu menggantikan DNA yang berpenyakit kepada DNA yang sihat.

Antara tujuan DNA diambil ialah supaya Perubatan Holistik dan Alternatif dapat memproses DNA yang berpenyakit tadi (melalui proses pembantaian molekul DNA pesakit) sehingga DNA yang berpenyakit tadi dirawat (discan) menggunakan peralatan terkini berteknologi German yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE sehingga ia menjadi DNA yang sihat serta disusun secara  digital, lalu tenaga penawar gelombangnya diakstrekkan atau dipancarkan ke dalam air atau ubatan berbentuk tablet kunyah (yang perlu dimakan tiga kali sehari) bagi merangsang dan memperbaiki sistem organ yang meliputi sistem psikologi, saraf, tulang, otot, limpatik, pernafasan, penghadaman, peredaran darah, perkumuhan, endrokrin, pembiakan dan sistem otak. 

Disamping itu, tubuh manusia juga laksana sebuah komputer canggih yang perlu diformatkan  supaya segala  fail DNA yang selama ini bercelaru dapat disusun secara digital. Sehingga DNA yang sihat dan tersusun rapi tadi dapat merawat sel-sel dalaman, memperbaiki keseluruhan sistem saraf tunjang (Central Nerve system), menguatkan imun sistem, menguatkan antibodi, menstabilkan hormon dalaman dan memperbaiki kerosakan DNA sehingga ia menjadi DNA yang sihat dan kuat.

Malahan, DNA yang telah diterapikan tadi laksana stem sel asal yang bertujuan membaik pulih DNA pesakit dengan menyusunnya secara digital sehingga ia benar-benar tersusun rapi sebagai benteng pertahanan tubuh untuk melawan kuman dan radikal bebas.

Kesimpulannya, sebaik-baik penawar bagi sesuatu penyakit ialah terapi DNA pesakit itu sendiri. Oleh itu, motto kami ialah setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut dan tua, serta mencegah itu lebih baik dari merawat.

Untuk rawatan online sila klik di sini.