DI Malaysia, kira-kira setengah juta kes Otitis Media (jangkitan kuman di dalam saluran tengah telinga) berlaku di kalangan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah setiap tahun.
Otitis Media adalah satu jangkitan pada telinga tengah yang berlaku apabila tiub Eustachian tersumbat dengan cecair dan seterusnya dijangkiti oleh bakteria atau virus. Apabila ini berlaku, cecair tersebut menghalang penyaluran bunyi yang betul dalam telinga anak anda. Ini akan mengganggu pendengaran normal dan boleh menyebabkan anak anda menjadi kurang sensitif terhadap bunyi, malah boleh menyebabkan kerosakan pendengaran yang kekal dalam jangka masa panjang.
Anak anda tidak akan dapat mendengar bunyi yang lembut dan mereka tidak dapat mendengar jika anda berbisik kepada mereka. Jika cecair dalam telinga tengah bertambah pekat, kehilangan pendengaran yang lebih teruk akan berlaku dan anak anda mungkin tidak dapat mendengar apabila anda bercakap dengan mereka pada kelantangan bunyi yang biasa. Jika anak anda mengalami kehilangan pendengaran, maka mereka mungkin tidak dapat memahami perkataan atau frasa tertentu, ataupun mereka mungkin bercakap dengan lebih kuat daripada biasa.
Walaupun kehilangan pendengaran itu mungkin bersifat sementara, ia boleh merencat perkembangan si anak. Anak anda yang berada pada peringkat dia cepat belajar kemahiran yang baru dan masalah pendengaran akibat daripada Otitis Media boleh merencat perkembangan pertuturan dan bahasanya.
Mereka mungkin kehilangan keupayaan untuk memahami apa yang diperkatakan dalam persekitaran yang bising seperti di bilik darjah. Malah, kanak-kanak yang bersekolah akan mendapati bahawa mendengar itu tidak ternilai dan jika mereka tidak dapat mendengar dengan baik dalam kelas, ini akan menghalang kemajuan akademik mereka.
Tanda-tanda atau gejala-gejala untuk diperhatikan pada bayi
- Mereka tidak kelihatan terperanjat atau terkejut oleh bunyi yang kuat.
- Mereka tidak berpaling untuk mencari sumber bunyi.
- Apabila mereka mencapai umur satu tahun, mereka masih tidak dapat bertutur perkataan mudah seperti "papa" atau "mama".
- Mereka hanya akan berpusing untuk melihat anda apabila mereka dapat melihat anda, tetapi bukan semasa anda berada di luar penglihatan atau
memanggil mereka.
- Mereka seolah-olah mampu mendengar sesetengah bunyi tetapi bukan bunyi lain.
Tanda-tanda atau gejala-gejala untuk diperhatikan pada kanak-kanak kecil
- Mereka mengalami kelambatan dalam pertuturan.
- Pertuturan mereka tidak jelas atau sukar difahami
- Mereka sering gagal mematuhi arahan anda.
- Anda perlu sentiasa mengulang apabila anda bercakap dengan anak anda supaya dia faham.
- Mereka menonton TV atau mendengar muzik dengan bunyi yang kuat.
- Mereka sering bercakap dengan kuat, walaupun persekitarannya adalah sunyi.
Nota: Ini juga mungkin kerana mereka tidak memberikan perhatian penuh atau tidak mengendahkan anda, tetapi jangan mengabaikan kemungkinan bahawa ia adalah gejala kehilangan separa atau penuh pendengaran.
Anda harus berusaha untuk memerhati dan menganalisis reaksi anak anda terhadap persekitarannya, terutama sekali bagaimana mereka bertindak balas terhadap bunyi atau kepada anda apabila anda bercakap dengan mereka.
- Menyusu anak anda - susu ibu
mengandungi antibodi yang boleh melindungi anak anda daripada pelbagai jenis penyakit. Teruskan dengan penyusuan ibu sehingga anak anda mencapai umur dua tahun untuk membina imuniti mereka.
- Elakkan pendedahan kepada asap rokok asap rokok pasif adalah sangat berbahaya. Ia boleh menyebabkan anak anda menjadi lebih terdedah kepada jangkitan kerana sistem imun mereka akan dibebankan dengan toksin dalam asap rokok.
- Kebersihan yang baik.
- mengamalkan kebersihan yang baik untuk mengurangkan dan mencegah jangkitan bakteria.
- mengamalkan kebersihan yang baik untuk mengurangkan dan mencegah jangkitan bakteria.
- Pengesanan dan rawatan awal - apabila anak anda mengalami selesema yang berlanjutan atau kerap kali, bawa mereka untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Sumber: http://www.utusan.com.my
Untuk rawatan secara online berkaitan Otitis media sila klik di sini.
Untuk rawatan secara online berkaitan Otitis media sila klik di sini.