INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 6 Mei 2014

RAWATAN RESDUNG


Resdung merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik.

Oleh yang demikian, ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, rerambut kecil dalam sinus yang dikenali sebagai silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat, anda akan mendapat sinusitis.

Selalunya, sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dikenali sebagai sinusitis akut.

Manakala sinusitis kronik pula ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku berterusan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Jika anda sering diserang sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan sehingga lebih tiga bulan, ia mungkin merupakan sinusitis kronik.
Gejala sinusitis kronik mungkin tidak seteruk sinusitis akut tetapi ia boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kebutaan.

FAKTOR DAN GEJALA

1. Sinusitis biasnya berlaku selepas kerap diserang selesema berpanjangan.

2. Sinusitis selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rhinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan.

3. Ia terjadi kepada semua kumpulan usia.

4. Sakit di belakang muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluara hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk.

5. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok.
.
6. Selaput mucus dalam hidung kelihatan merah dan bengkak serta mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

7. Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah kesesakan dalam hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak disekitarnya.

8. Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua sinusitis akut dan kronik.

TANDA LAIN RESDUNG

1. Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi.

2. Gatal-gatal pada hidung, mata dan telinga terutama bila memakan ayam,udang,ketam,ikan masin dan sambal belacan.

3. Bersin bila terkena habuk.

4. Berkahak, banyak jerawat, kurang pendengaran/penglihatan, sakit kepala, kelemumur banyak, rambut gugur, nafas berbau (anda tidak tahu nafas anda berbau dan tidak menyenangkan rakan anda..minta nasihat ikhlas dari mereka), gatal kulit dan keputihan (wanita).

KESAN RESDUNG


1. Hilang deria bau

2. Pelupa/daya mengingat lemah

3. Lubang hidung bengkak dan tersumbat

Keadaan ini mengganggu kelancaran kehidupan harian individu tersebut. Jika tidak dibendung, ia akan menyebabkan kerosakan kulit muka, hilang segala deria rasa dan bau, merosakan rongga dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.





RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Jika anda disahkan mengidap sinusitis (resdung) dan ingin membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, anda dikehendaki memberikan sample DNA anda seperti  air liur dan rambut  supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan DNA anda yang berpenyakit, kemudian ianya akan diproses melalui pembantaian molekul sehingga DNA anda dapat disusun secara digital dan seterusnya diekstrakkan ke dalam ubatan berbentuk tablet kunyah yang perlu dimakan tiga kali sehari.

Biasanya, jika anda mengalami resdung dalaman, kesan sampingan yang anda hadapi ialah saraf, hidung, mata, telinga, kepala dan pernafasan akan berkurangan fungsinya. oleh itu, dengan mengamalkan perubatan Holistik ia laksana scaner yang mampu mengesan dan memperbaiki fungsi saraf pancaindera anda.



Rawatan di Pusat Perubatan Holistik sangat sesuai untuk mereka yang mengidap resdung kerana antara keistimewaan lain Perubatan Holistik ialah ia mengandungi pelbagai kod dan penawar gelombang elektromagnetik yang mampu mencari akar umbi sel-sel yang dijangkiti kuman dan seterusnya berusaha memusnahkan gelombang asal kuman tersebut yang berada di dalam tubuh pengidap resdung.



Apabila gelombang asal kuman penyebab resdung sudah dimusnahkan maka, fizikal kuman juga turut termusnah dan pesakit akan menuju ke arah penyembuhan. Anda juga dikehendaki mengamalkan perubatan holistik selama tiga hingga enam bulan sehingga kuman-kuman penyebab resdung dapat dimusnahkan secara menyeluruh.

Perubatan Holistik  laksana scanner yang mampu memusnahkan sel-sel kuman resdung dan mampu memperbaiki dan mengenalpasti antibodi dan imun sistem. Hanya sel-sel kuman penyebab resdung sahaja akan dimusnahkan, manakala antibodi dan imun sistem akan diperbaiki sehingga tubuh pesakit resdung dapat menyahkan sel-sel jahat secara semulajadi. 

Ini kerana segala ubatan yang dibekalkan sudah kami memori dan programkan supaya dapat mengenalpasti yang mana imun sistem atau  yang mana kuman-kuman perosak.




Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai bagi mereka yang mengidap resdung, alahan atau pelbagai penyakit lain.

Untuk rawatan secara online berkaitan resdung sila klik di sini