INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 10 Julai 2013

PUASA DAN KESIHATAN


Ramadhan merupakan suatu hadiah, anugerah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.

Umat manusia sebelum ini telah pun mengamalkan puasa dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh penganut agama Hindu berpuasa dan puasa mereka dalam bahasa Sanskrit dikenali sebagai upavaasa.

Golongan Yahudi berpuasa pada hari Yom Kippur. Mengikut kitab Perjanjian Lama dalam bab Exodus 34:28, Nabi Musa bermunajat kepada Tuhan selama 40 hari dalam keadaan tidak menjamah roti dan air.

Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa turut mampu menurunkan berat badan.

puasa juga telah memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman.

Punca berlakunya pelbagai penyakit adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan. Ini menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi keseluruhan pergerakan badan.

Seterusnya penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan individu tersebut.

Sesungguhnya tiada ubat yang khusus bagi memulihkannya melainkan dengan berpuasa, kerana dengannya wujudlah satu sistem yang baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.

Amalan puasa yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. terutamanya puasa Ramadhan dapat menurunkan berat badan sehingga mencapai ke satu paras yang dikehendaki.

Jika ia diteruskan dengan perlaksanaan puasa sunat seperti berpuasa di bulan Rejab dan Sya'ban seterusnya Isnin dan Khamis nescaya akan terpeliharalah tahap kesihatan seseorang bagi tempoh setahun.

Daripada sudut kesuburan seorang wanita, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.

Kesimpulannya puasa dapat merehatkan sistem tubuh dan dapat mengelakkan pelbagai penyakit seperti kencing manis dan obesiti.

Selain itu dari sudut fizikalnya, puasa juga dapat merehatkan tubuh badan. Secara tidak langsung, amalan-amalan buruk juga dapat dihakis sedikit demi sedikit contohnya membantu membasmi ketagihan merokok, dadah dan minuman keras yang boleh membawa kerosakan organ di dalam badan.

Puasa juga memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pemprosesan supaya berfungsi semula dengan berkesan dan efisyen. Merehatkan sistem penyahtinjaan daripada berfungsi berterusan.

Rasa lapar dapat membangkitkan semula selera makan selepas berpuasa serta mendatangkan kecergasan badan dan kecerdasan minda.

Maka secara keseluruhannya, puasa dapat mengawal dan mendidik tubuh badan untuk mengambil makanan yang diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.

Dari hasil penelitian pula diketahui, puasa boleh meningkatkan kolesterol ‘baik’ (HDL) dan menurunkan lemak trigliserol. Lemak trigliserol merupakan bahan pembentuk kolesterol ‘jahat’ (LDL).

Bahkan, puasa juga mampu mengurangkan radikal bebas oksigen yang ada di dalam badan. Radikal bebas oksigen yang berlebihan di dalam tubuh akan mengurangkan aktiviti kerja enzim, menyebabkan terjadinya mutasi (perubahan gen) dan kerosakan dinding sel.

Selain itu, bagi yang sihat, puasa akan mengurangkan risiko terkena penyakit diabetes tipe-2. Sebab, ketika berpuasa, dengan sendirinya kandungan kalori secara fisiologi akan berkurangan.

Hal ini akan mengurangkan pengeluaran hormon insulin dan kadar gula dalam darah. Seterusnya ia akan meningkatkan sensitiviti hormon insulin dalam menormalkan kadar gula dalam darah. Keseimbangan gula darah yang baik akan mencegah penyakit diabetes tipe-2.

Manfaat lain berpuasa ialah ia mendorong terjadinya rejuvinasi (pergantian) sel-sel tubuh, membantu menurunkan tekanan darah bagi yang menderita tekanan darah tinggi. Berat badan juga akan menurun, penyakit kulit khususnya kulat dan ruam akan lebih cepat pulih.

Dengan berpuasa ia dapat meningkatkan kepekatan sperma, menambah spermatozoa hidup dan meningkatkan kesuburan bagi wanita.


Bagi masyarakat Islam yang inginkan kesihatan tubuh badan yang lebih stabil, puasa secara teratur akan memperbaiki sistem daya tahan badan. Namun begitu, kadang-kala puasa yang tidak teratur menyebabkan badan menjadi lemah.

Oleh itu, pakar sains perubatan telah mengklasifikasikan puasa seperti berikut:

CARA BERPUASA YANG BERKESAN MENURUT SAINS PERUBATAN

1. Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi. Elakkan
pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Gantikan dengan gula merah, madu lebah dan jus buah-buahan asli.

2. Disarankan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut supaya mencerna makanan.

3. Semasa berbuka, sebaiknya ambillah makanan yang mudah dihadam, mengandungi serat dalam kadar yang sedikit, kurangkan makanan yang berminyak, berempah dan pedas. Perbanyakkan sayuran, tauhu dan kekacang. Kurangkan pengambilan protein haiwan seperti daging kerana ia makanan yang paling kompleks dan susah dihadam.

4. Minum air putih atau teh herba, kembang semangkuk dan biji selasih. Ia bertujuan untuk mencuci usus dan memudahkankan pembuangan air besar.

5. Elakkan pengambilan nescafe, kopi pekat dan teh pekat, kerana minuman ini mengandungi kafein yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut kerana
mengandungi asid hidroklorit berlebihan yang menyebabkan gestrik.

6. Pastikan karbohidrat di dalam badan mencukupi. Sekiranya tidak mencukupi, badan akan cepat terasa lemah dan tidak bertenaga di siang hari.

7. Rasulullah s.a.w. menyarankan agar melewatkan sahur kerana ia menepati waktu
bersarapan pagi. Kajian pakar sains perubatan di Malaysia dan barat menunjukkan bahawa makanan yang utama dalam masa 24 jam ialah waktu sarapan pagi. Ia bertujuan untuk memelihara badan berbanding waktu lain. Amalan bersahur ini menjadi lebih penting untuk ketahanan badan terutama kepada kanak-kanak yang dilatih berpuasa kerana glukosa dalam darah akan menurun selepas bangun tidur.

BERPUASA YANG TIDAK BERKESAN MENURUT SAINS PERUBATAN

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan puasa tidak mendatangkan kesan yang baik terhadap tubuh badan kerana:


1. Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

2. Makan makanan yang pedas, masan, terlalu masin, berempah dan susah dihadam seperti pengambilan daging terutama bagi pengidap penyakit batu karang, gout dan alahan.

3. Mengulangi makan sepanjang malam.

4. Kurang minum air beralkali pada waktu malam.

5. Tidur selepas kenyang makan.

6. Tidak mengambil makanan langsung ketika waktu sahur.

MAKANAN YANG MENJEJASKAN KESIHATAN SEMASA BERPUASA

Makanan yang menjejasakan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia dalam
badan seperti:

1. Kopi pekat dan teh pekat.

2. Air paip yang dimasak dan tidak ditapis.

3. Makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air dalam tin, air dalam kotak, nugget dan sebagainya.

4. Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia boleh menyebabkan air bertakung dalam badan (water rittention).

KESAN PENGAMBILAN BUAH KURMA SEMASA BERPUASA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (palma) atau lebih dikenali dalam bahasa saintifiknya
sebagai ‘phonex dactylifera’ yang berbuah.

Buah kurma boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakkan pokok kurma tumbuh di negara-negara Timur Tengah yang terdiri daripada pelbagai jenis. Antara buah kurma yang terkenal ialah kurma ‘Rotab’ dari Iran, kurma di Mekah dan Madinah.

Kurma mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia menjadi makanan Rasulullah s.a.w..
Baginda sering menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari yang bermaksud:

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda:

“ Sesiapa yang makan 7 biji tamar ‘Ajwad’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”

Terdapat juga di dalam al-Quran yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ketika
mana Maryam sedang mengandungkan Nabi Isa a.s..
Maksudnya:

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.” (Surah Maryam: 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang
dalam nifas, apabila Allah s.a.w. memerintahkan Maryam memakannya sedang dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Terdapat penemuan-penemuan yang dilakukan oleh pakar sains perubatan tentang khasiat
buah kurma. Ia mengandungi karbohidrat tinggi dan membekalkan tenaga kepada manusia.

Kurma yang ada di pasaran antaranya kurma nabi, kurma madu, kurma merah dan kurma ajwa. Selain kaya zat besi, kurma kaya kallium yang berfungsi menstabilkan tekanan darah dan mencegah risiko lumpuh separuh badan.

Pengambilan kurma boleh mengurangkan panas badan dan boleh meningkaykan daya pemikiran kanak-kanak.

Kurma juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C.

ANTARA KHASIAT BUAH KURMA

1. KANDUNGAN KALIUM
Kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke kerana kandungan kalium yang tinggi.
Nilai kalori ayng tinggi memudahkan ia dicerna oleh tubuh. Kalium amat penting bagi
fungsi tubuh terutama jantung dan pembuluh darah. Fungsi mineral ini membolehkan
denyutan jantung yang teratur, mengaktifkan kontraksi otot dan kestabilan tekanan darah.

2. KOMPOSISI GIZI
Buah kurma tidak mengandungi lemak, namun kandungan karbohidrat dapat membekalkan energi (tenaga) yang yang tinggi. Kandungannya berkisar sekitar 60 peratus pada kurma yang lembek (yang diambil ketika lembek dan mentah) dan 70 peratus pada kurma kering (yang mengering dipohon).

Varietas kurma mengandungi gula glukosa (sejenis gula dalam darah) atau fruktosa
(sejenis gula yang terdapat dalam buah-buahan). Kandungan gula tersebut mudah dicerna
dan mudah dibakar oleh tubuh. Oleh itu, orang yang makan banyak buah kurma akan
menjadi segar dan tahan lapar kerana penyerapan gula dalam badan berada pada tempoh
yang lama.

3. KANDUNGAN VITAMIN
Buah kurma juga mengandungi vitamin yang penting seperti vitamin A, vitamin B,
tiamin, riboflavin serta niasin. Riboflavin dan niasin akan membantu melepaskan tenaga dari makanan dan tiamin membantu melepaskan tenaga dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin membantu memelihara kulit yang sihat.

4. KANDUNGAN MINERAL
Kurma juga mengandungi banyak mineral seperti magnesium, potassium dan kalsium.
Mineral-mineral ini sangat diperlukan oleh tubuh badan. Serat dalam buah kurma berfungsi mengaktifkan usus yang memudahkan membuang air besar. Dalam kurma juga
terdapat suatu hormon (potuchsin) yang membolehkan pencegahan pendarahan dalam rahim.